Showing posts with label info Islam. Show all posts
Showing posts with label info Islam. Show all posts

Ajari Anak-anak Itu Dengan Akhlak Islam

Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah mengajar umatnya supaya membaca بسم اللهketika hendak makan, makan dengan tangan kanan dan mendahului mengambil makanan yang dekat.
  2. Islam menitikberatkan peradaban dalam semua aspek dikalangan umat Islam termasuk adab makan dan sebagainya.
  3. Kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan adab-adab dan akhlak Islam dengan memberi tunjuk ajar dan teguran apabila mereka melakukan kesilapan.
  4. Para pendidik hendaklah memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dan kanak-kanak apabila ada kesempatan yang sesuai kerana pada keadaan begitu tunjuk ajar adalah lebih berkesan.
  5. Hadis ini juga menunjukkan kepatuhan para sahabat kepada tunjuk ajar Nabi SAW sehingga kanak-kanak dikalangan mereka.

Mutiara Hikmah Dari Abu Bakar as Siddiq ra

" Patuhilah Aku selama Aku patuh kepada Allah swt dan Rasulullah saw , bila Aku tidak mematuhi Allah swt dan Rasulullah saw , maka jangan patuhi Aku lagi 

" Tidak ada perbincangan yang baik , jika tidak diarahkan untuk memperoleh redha Allah swt


" Tidak ada manfaat dari wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah . Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang jika kebodohannya mengalahkan kesabarannya . Dan jika seseorang tertarik dengan pesona dunianya yang rendah , Allah swt tidak akan redha kepadanya selama dia masih menyimpan hal itu dalam hatinya 


" Kita mencari kedermawanan dalam Taqwa ( kesedaran akan Allah ) , kekayaan dalam Yaqin ( kepastian ) , dan kemuliaan dalam kerendahan hati . "" Berhati-hati terhadap kebanggaan , sebab kalian akan kembali ke tanah dan tubuhmu akan dimakan oleh cacing .


" Ketika beliau dipuji oleh orang - orang , beliau akan berdo'a kepada Allah dan berkata , " Ya Allah , Engkau mengenalku lebih baik dari diriku sendiri , dan Aku lebih mengenal diriku daripada orang - orang yang memujiku . Jadikanlah Aku lebih baik daripada yang difikirkan oleh orang - orang ini mengenai diriku , maafkanlah dosa - dosaku yang tidak mereka ketahui , dan janganlah jadikan Aku bertanggung jawab atas apa yang mereka katakan . "" Jika kalian mengharapkan berkah Allah , berbuatlah baik terhadap hamba - hamba - Nya . 


" Suatu hari beliau memanggil ' Umar ra dan menasihati nya sampai ' Umar ra menangis . Abu Bakar ra berkata kepadanya , " Jika engkau memegang nasihatku , engkau akan selamat , dan nasihatku adalah " Harapkan kematian selalu dan hidup sesuai dengannya "" Mahasuci Allah yang tidak memberi hamba - hamba - Nya jalan untuk mendapat pengetahuan mengenai - Nya kecuali dengan jalan ketidak - berdayaan mereka dan tidak ada harapan untuk meraih pencapaian itu


" Tolonglah Aku , jika Aku benar dan koreksilah Aku jika Aku salah . Orang - orang yang lemah di antara kalian harus menjadi kuat bersamaku sampai atas Kehendak Allah swt , haknya telah disyahkan . Orang - orang yang kuat di antara kalian harus menjadi lemah bersamaku sampai , jika Allah swt menghendaki , Aku akan mengambil apa yang harus dibayarnya "

Apakah Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa ?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
 
1.JAWAPAN DARI JAKIM
Soalan : Assalamualaikum WBTH. Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih.. 

 Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
 
Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum. Nota: 1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM 2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja. 3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com) SOALAN:
 
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.  

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas. Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud: "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak." Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya : "Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya." 

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
#Barang-barang kemas daripada emas suasa# Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
 
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. 

(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86) Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25) Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
 
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.” 

 Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.” Berkata al-Imam Ibnu Hajar , sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.  

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”  

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga. 
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
WALLAHUA'LAM Sumber: Ibnu Islam..

Petua Imam Syafie Yang Patut Diikuti

Sebagai Rakyat Malaysia,kita wajib berpegang teguh dengan Mazhab Imam Syafie dan patut dijadikan ikutan dalam kehidupan kita seharian.Imam Syafie telah menggariskan beberapa panduan yang bermanfaat kepada Umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian.Diharap info di atas sangat berguna.

Jangan lupa share ye.Semoga kita sama-sama beroleh manfaat di dunia dan akhirat.
Unknown info Islam

7 Perkara Yang Makruh Ketika Solat



7 Perkara Makruh Ketika Solat
  1. Memalingkan tengkok ketika solat kecuali kerana keperluan. ( Bukhari )
  2. Mengangkat pandangan ke atas.( Bukhari )
  3. Bermain-main dengan rambut ( mengurai-uraikannya ) dan menyising hujung baju ( seperti lengan ) ketika solat.( Bukhari & Muslim )
  4. Solat ketika makanan sudah dihidangkan yang mana hatinya teringin memakannya.( Bukhari )
  5. Solat dalam keadaan menahan kencing atau menahan buang air besar. ( Imam Muslim )
  6. Solat dalam keadaan mengantuk.( Bukhari & Muslim )
  7. Solat ditempat seperti berikut : Ini kerana tempat tersebut dibimbangi ada najis dan sukar untuk mendapat khusyuk.

8 Sifat Pakaian Wanita Dalam Islam


8 Sifat Pakaian Wanita Islam


a. Pakaian itu mestilah menutup aurat


Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

b. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

c. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.

Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

e. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

 
f. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

    “Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

g. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niruatau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas :

    “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
    (Riwayat Bukhari)

h. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.

i. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.



Ulasan Admin : Jom baca Firman Allah di bawah.

Firman Allah..

" Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar ), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagia perempuan baik-baik ) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan ( ingatlah ) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Syiah Musuh Islam Dalam Selimut


Imam Ibnu Katsir رحمه الله telah menjelaskan fenomena ini dalam kitabnya ketika menyebutkan biografi salah seorang tokoh Syiah yaitu Ibnu Nu'man :

"Ibnu Nu'man ini adalah seorang tokoh Syiah dan pembela mereka. Ia punya kedudukan di kalangan penguasa-penguasa daerah karena mayoritas penduduk di daerah-daerah tersebut pada masa itu mulai condong kepada tasyayyu' (Syi'ah). Di antara muridnya adalah asy-Syarif ar-Radhi dan al-Murtadha."1

Beberapa sekte, seperti Isma'iliyah, Buwaihiyah, Qaramithah dan lain-lainnya memakai jubah Syiah ini untuk meraih tujuannya. Contoh kasusnya adalah yang terjadi di Afrika utara, salah seorang juru dakwah Syiah yang bernama Husain bin Ahmad bin Muhammad bin Zakariya ash-Shan'ani yang berjuluk Abu 'Abdillah asy-Syi'i masuk ke wilayah Afrika seorang diri tanpa harta dan tanpa satu pun orang yang mendampinginya. Ia terus melakukan kegiatan dakwah di sana hingga ia berhasil menguasainya.2

Abu 'Abdillah asy-Syii'i inilah yang berhasil meyakinkan kaum Muslimin untuk menerima 'Ubaidullah al-Qaddah sebagai imam dakwah sehingga mereka membaiatnya. Lalu 'Ubaidullah ini menggelari dirinya sebagai al-Mahdi dan mendirikan daulah 'Ubaidiyah yang kemudian lebih dipopulerkan dengan sebutan sebagai daulah Fathimiyyah. Padahal pada hakekatnya merupakan daulah yang beraliran bathiniyah.

Di antara kejahatan yang dilakukan oleh 'Ubaidullah ini, suatu kali kudanya masuk ke dalam masjid. Lalu rekan-rekannya ditanya tentang hal itu, mereka menjawab, "Sesungguhnya kencing dan kotoran kuda itu suci, karena ia adalah kuda al-Mahdi (yakni 'Ubaidullah). Pengurus masjid mengingkari hal itu. Maka mereka pun membawanya ke hadapan 'Ubaidullah al-Mahdi, dan akhirnya ia menghabisi pengurus masjid tersebut. Ibnu 'Adzara رحمه الله berkata, "Sesungguhnya di akhir hayatnya 'Ubaidullah ini ditimpa sebuah penyakit yang mengerikan yaitu adanya cacing yang keluar dari duburnya dan kemudian memakan kemaluannya. Begitulah keadaannya hingga kematian merenggutnya."3

Abu Syamah رحمه الله        berkomentar tentang 'Ubaidullah ini dengan berkata, "Ia adalah seorang zindiq (kafir), khablts (sangat buruk), dan merupakan musuh Islam. Menunjukkan diri sebagai Syiah dan berupaya keras untuk menghilangkan agama Islam. Ia banyak membunuh Fuqaha', ahli hadits, orang-orang shalih dan banyak manusia lainnya. Anak keturunannya tumbuh dengan pola pikir seperti itu dan apabila ada kesempatan mereka akan menunjukkan taringnya, jika tidak maka mereka akan menyembunyikan diri."4

Adz-Dzahabi رحمه الله berkata, "Duhai kiranya kalau ia hanya seorang penganut Syiah saja, tetapi ternyata di samping itu ia juga seorang zindiq."5

  1. Al-Bidayah wan Nihayah (XII/17)
  2. Wafayatut Ayan, Ibnu Khalikan (11/192)
  3. Akhbar Muluk Bani Ubaid tulisan ash-Shanhaji hlm. 96
  4. Ar-Raudhataini fi Akhbari Daulatain hlm. 201
  5. Tarikh Islam , adz-Dzahabi

Kelebihan Membaca Surah Al-falaq



1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.

2. Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dati segala perkara yang buruk.

3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / di ulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.
Unknown info Islam

12 Sifat Sahabat Sejati: Imam Ghazali


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.




4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.




5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.




6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.




7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.




8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.




9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).




10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.




11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.




12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.




~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah
Unknown info Islam

10 Mayat Yang Reput Dalam Kubur



Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahawa sepuluh Jenis mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.
Unknown info Islam

Himpunan Hadis berkaitan dengan Dajjal

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, berkata:
Aku menyukai Bani Tamim kerana tiga perkara yang aku dengar dari Rasulullah saw, di mana Baginda bersabda:
'Mereka iaitu Bani Tamim adalah umatku yang paling kuat menghadapi Dajjal'
Dikatakan: ketika sedekah-sedekah mereka sampai atau diterima,
Nabi saw bersabda:
'Ini adalah sedekah kaum-ku'
Ketika orang-orang tawanan dari kalangan mereka berada bersama Aisyah,
Rasulullah saw bersabda:
'Merdekakanlah mereka kerana mereka adalah keturunan Nabi Ismail'

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu'bah r.a,
katanya tidak seorang pun yang bertanya tentang Dajjal kepada Rasulullah saw lebih banyak daripada pertanyaanku kepada Beliau dalam persoalan yang sama. Maka
Beliau bersabda:
'Wahai anakku!, Apakah yang membuat kamu bersusah payah untuk memikirkannya?, Sesungguhnya dia tidak akan mendatangkan'
Aku berkata:
'Orang-orang beranggapan bahawa dia akan membawa air yang banyak dan gunung-gunung roti'
Rasulullah saw bersabda:
'Yang lebih dari itu, mudah saja bagi Allah'
HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Al-Mughirah bin Syu'bah ra, berkata:
Tidak seorang pun yang bertanya kepada Nabi saw tentang Dajjal lebih banyak daripada apa yang aku tanya.
Rasulullah saw bersabda:
'Apakah yang menyusahkan kamu, dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu'
Aku berkata:
'Wahai Rasulullah!, Mereka berkata, dia (Dajjal) mempunyai makanan dan sungai'
Nabi saw bersabda lagi:
"Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya"

HR. Bukhari, Muslim melalui Anas Bin Malik r.a
Rasulullah saw bersabda:
Tidak seorang Nabi-pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya.
Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajjal) Kaf Fa dan Ra (kafir).

HR. Bukhari, Muslim melalui Abu Hurairah r.a
Rasulullah saw bersabda:
Perhatian!, Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajjal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya.
Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya.
Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka.
Syurga yang didakwa oleh Ddajjal itu sebenarnya adalah Neraka.
Aku memperingatkan kalian (dalam masalah Dajjal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.

HR. Bukhari, Muslim melalui Abu Hurairah r.a
Rasulullah saw bersabda:
Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan Tasyahud maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara seraya berdoa:
'Ya Allah!, Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari siksa Neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati, serta dari kejahatan fitnah Dajjal'.

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a, berkata:
Nabi saw sering berdoa ketika Shalatnya dengan berkata:
'Ya Allah!, Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu oleh siksa kubur dan aku memohon perlindungan kepada-Mu oleh fitnah dajjal. Aku juga memohon perlindungan kepadamu oleh fitnah sewaktu hidup dan setelah mati '.
'Ya Allah!, Aku memohon perlindungan kepada-Mu dari segala dosa dan hutang'.
Aisyah berkata lagi:
Seseorang telah berkata kepada Rasulullah saw:
'Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah!'
Lalu Rasulullah bersabda:
'Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari'

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a, berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw sentiasa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal ketika dalam Solatnya.

HR. Muslim
Dari An Nawwas bin Sam'an berkata, "Pada suatu pagi, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam menyebut Dajjal, beliau membasahkan suara dan mengeraskannya hingga kami mengiranya berada di sekumpulan pohon kurma.
"Saat Dajjal seperti itu, tiba-tiba 'Isa putra Maryam turun di sebelah timur Damsyik di menara putih dengan memakai dua baju (yang dicelup wars dan za'faran) sambil meletakkan kedua tangannya di atas sayap dua malaikat, apabila ia menundukkan kepala, air pun menetas. Bila ia mengangkat kepala, air pun bercucuran seperti mutiara. Tidaklah orang kafir mencium bau dirinya melainkan ia akan mati. Sungguh bau nafasnya sejauh mata memandang. Isa mencari Dajjal hingga menemuinya di pintu Ludd lalu membunuhnya. Setelah itu Isa bin Maryam mendatangi suatu kaum yang dijaga oleh Allah dari Dajjal. Ia mengusap wajah-wajah mereka dan menceritakan tingkatan-tingkatan mereka di syurga.

HR. Muslim
Dari 'Abdullah bin' Amr, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Lalu Allah mengutus Isa bin Maryam seperti Urwah bin Mas'ud, ia mencari Dajjal dan membunuhnya. Setelah itu selama tujuh tahun, manusia tinggal dan tidak ada permusuhan di antara dua orang pun. Kemudian Allah menghantar angin sejuk dari arah Syam lalu tidak tinggal seorang yang dihatinya ada kebaikan atau keimanan seberat biji sawi pun yang tersisa kecuali mencabut nyawanya "

HR. Abu Daud
"Pada masa beliau, Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan beliau akan tinggal di muka bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin mensolatinya. "

HR. Ahmad
Dari 'Aisyah, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda,
"Jika Dajjal telah keluar dan saya masih hidup, maka saya akan membela (menjaga) kamu, namun Dajjal keluar sesudahku. Sesungguhnya Rabb kalian 'azza wajalla tidaklah buta sebelah (bermata satu) dan Dajjal akan keluar di Yahudi Ashbahan hingga ia datang ke Madinah dan turun di tepinya yang mana Madinah pada waktu itu mempunyai tujuh pintu. Pada setiap pintu terdapat malaikat yang menjaga, lalu akan keluar (menuju) kepada Dajjal sejelek-jelek penduduk madinah darinya hingga ke Syam tepat di kota Palestin di pintu Lud. " Sesekali Abu Daud berkata, "Hingga Dajjal datang (tiba) di Palestin di pintu Lud, lalu Isa 'alaihis salam turun dan membunuhnya, kemudian Isa' alaihis salam tinggal di bumi selama empat puluh tahun dan menjadi imam yang adil dan hakim yang adil."

HR. Ahmad
Dari 'Aisyah, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Isa akan membunuh Dajjal, lalu akan tinggal di muka bumi selama 40 tahun"

HR. Muslim
Dari An Nawwas bin Sam'an Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
Allah menghantar Ya'juj dan Ma'juj, 'Dari segala penjuru mereka datang dengan cepat.' (Al Anbiyaa `: 96) Lalu yang terdepan melintasi tasik Thabari dan minum kemudian yang belakang melintasi, mereka berkata: 'Tadi disini ada airnya.' nabi Allah Isa dan para sahabatnya dikepung hingga kepala kerbau milik salah seorang dari mereka lebih baik dari seratus dinar milik salah seorang dari kalian saat ini, lalu nabi Allah Isa dan para sahabatnya menginginkan Allah menghantar cacing di leher mereka lalu mereka mati seperti matinya satu jiwa, lalu 'Isa dan para sahabatnya datang, tidak ada satu sejengkal tempat pun melainkan telah dipenuhi oleh bangkai dan bau busuk darah mereka. Lalu Nabi Isa dan para sahabatnya berdoa kepada Allah lalu Allah menghantar burung seperti leher unta. Burung itu membawa mereka dan melemparkan mereka seperti yang dikehendaki Allah, lalu Allah menghantar hujan kepada mereka, tidak ada rumah dari bulu atau rumah dari tanah yang menghalang turunnya hujan, hujan itu membasahi bumi hingga dan meninggalkan genangan di mana-mana. Allah memberkahi kesuburannya hingga hingga sekelompok manusia cukup dengan unta perahan, satu kabilah cukup dengan lembu perahan dan beberapa kerabat mencukupkan diri dengan kambing perahan. Saat mereka seperti itu, tiba-tiba Allah menghantar angin sepoi-sepoi lalu mencabut nyawa setiap orang mu `min dan muslim di bawah ketiak mereka, dan orang-orang yang tinggal adalah manusia-manusia buruk, mereka melakukan hubungan badan secara tenang-terangan seperti keldai kawin. Maka atas mereka itulah kiamat terjadi. "

HR. Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah r.a
"Aku orang yang paling dekat dengan 'Isa bin Maryam' alaihis salam di dunia dan akhirat, dan para Nabi adalah bersaudara (dari keturunan) satu ayah dengan ibu yang berbeza, sedangkan agama mereka satu"
Sumber fiqhislam.com

Ya'juj dan Ma'juj adakah mereka sudah bebas?

Nabi Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya dengan muka merah padam. Seperti diceritakan oleh Zainab binti Jahsy, ketika terbangun itu, Nabi tiba-tiba berkata, "Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah. Sungguh kerosakan akan menimpa bangsa Arab akibat datangnya kejahatan yang telah dekat. Hari ini, sebuah lubang sebesar ini telah terbuka di dinding Ya'juj dan Ma'juj. "Ketika itu, Nabi membuat tanda lubang dengan ibu jari dan jari telunjuknya.

Legenda mengenai Ya'juj dan Ma'juj tidak hanya dikenali di dalam ajaran Islam. Dalam ajaran Kristian dan Yahudi pun kisah mengenai se kelompok manusia yang bakal membuat kerosakan besar di muka bumi itu juga diceritakan, lebih dikenali dengan nama Gog dan Magog. Adalah Zulkarnain, seorang raja besar pada masa lalu yang telah mengurung kaum Ya'juj dan Ma'juj di sebuah lembah di antara dua gunung tinggi (assaddain) dengan cara membina tembok penghalang terbuat dari besi dan tembaga, seperti diceritakan dalam Al-Quran surah al-Kahfi ayat 93-97.

Lalu, dalam ayat selanjutnya, disebutkan bahawa suatu saat tembok itu akan runtuh dan kaum Ya'juj dan Ma'juj akan keluar. "Dan, pada hari itu (ketika tembok terbuka), kami biarkan mereka bercampur baur satu sama lain seperti gelombang ...." Dalam Al-Quran versi Jabatan Agama, kalimat "pada hari itu" (yawma idhin) dari ayat ke-99 surah al-Kahfi ini diertikan sebagai hari kiamat. Namun, Dr Imran Nazar Hosein, cendekiawan Muslim kelahiran Trinidad dan Tobago 70 tahun silam punya pendapat lain atas ayat itu.
Kerana ayat ke-98 menceritakan mengenai akan runtuhnya tembok penghalang Ya'juj dan Ma'juj maka lebih tepat bila kalimat pada hari itu ditafsirkan sebagai hari ketika tembok itu benar-benar runtuh. Hari ketika kaum perosak itu akhirnya boleh keluar dari lembah yang mengurung mereka dan kemudian bertebaran di seluruh Bumi seperti gelombang lautan dan kemudian bercampur baur dengan bangsa-bangsa manusia lain.

Ini dijelaskan juga dalam surah al-Anbiyaa ayat 96, dari terjemahan versi Jabatan Agama. "Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi."

Soalan utamanya, bilakah tembok Zulkarnain itu runtuh? Atau, lebih tepat lagi, apakah kaum Ya'juj dan Ma'juj itu sudah keluar dan bertebaran untuk membuat kerosakan di muka bumi? Kisah dari Zainab binti Jahzy, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di atas dianggap Imran Hosein sebagai pengesahan bahawa pada zaman Nabi Muhammad masih hidup tembok itu sudah mulai terbu ka. Ertinya, dalam beberapa abad selepas itu, kemungkinan besar kaum Ya'juj dan Ma'juj sudah mencari jalan keluar.

Dalam kisah sama yang diriwayatkan dalam sahih Bukhari, ada versi yang lebih panjang ketika Zainab binti Jahsy akhirnya bertanya kepada Nabi Muhammad. "Ya Rasulullah, apakah kita (bangsa Arab) akan dihancurkan walaupun masih ada orang beriman di antara kita?" Nabi menjawab, "Ya, ketika kemaksiatan berleluasa."

Pendapat Imran Hosein yang menulis beberapa buku mengenai hari akhir, terutama kajian takwil surah al-Kahfi, ini juga adalah berdasarkan belum penemuan bukti-bukti arkeologis apa pun mengenai tembok yang dibina Zulkarnain. Saat ini, tak ada satu pun sudut Bumi yang belum pernah dijelajahi manusia atau luput dari intaian kamera satelit. Bila Ya'juj dan Ma'juj masih terkurung dalam lem bah maka seharusnya tembok buatan Zulkarnain itu masih kukuh menjulang dan mudah ditemui. Bila sudah tak ada tanda-tanda kewujudan tembok besar di sebuah lembah curam maka ber erti tembok itu sudah runtuh dan menjadi tugas arkeologi untuk mencari sisa-sisanya.

Ada pendapat sebahagian mufasir yang mengatakan bahawa tembok itu dibina di kawasan Kaukasia, di antara dua lautan (Laut Hitam dan Laut Kaspia). Ini merupakan hasil tafsiran surah al-Kahfi ayat 86-90 berkenaan dengan perjalanan Zulkarnain yang bertemu dua perairan berwarna pekat di bahagian barat dan timur dengan pen duduk yang bahasanya tak boleh difahami. Wilayah dengan topografi penuh pergunungan tinggi dan lembah curam itu sesuai dengan kawasan sempadan antara Georgia dan Rusia, berada di barisan pergunungan Kakukasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia, tepatnya di Gunung Kazbek dan lembah Sungai Terek, yang dikenali dengan nama Ngarai Darial.

Orang Parsi menyebutnya Gerbang Alan. Ngarai Darial dikenali juga sebagai Gerbang Kaukasia atau Gerbang Kaspia. Orang Georgia me nyebutnya Ralani, Darialani. Ada yang menyebutnya Porte Cu mana dan Fortes Sarmatica. Lalu, bangsa Tartar menyebutnya Darioly. Sejak zaman dulu, Ngarai Darial dan juga Derbent Laluan telah menjadi laluan perlintasan penting di Kaukasia bagi pelbagai ekspedisi ketenteraan dari Parsi, suku-suku Turki kuno, kekhalifahan Islam, hingga akhirnya dikuasai Rusia. Jalur ini menjadi penghubung laluan dari utara ke selatan Kaukasia.

Jerusalem
Namun, Imran Hosein yang dikenali menyokong tafsir semantik atas Al-Quran itu juga menjelaskan bahawa tanda-tanda lepasnya Ya'juj dan Ma'juj juga telah dinubuatkan. Salah satu petunjuknya ada pada surah al-Anbiyaa ayat 95, "Sesungguhnya tidak mungkin atas penduduk suatu negeri yang telah kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali." Lihat bahawa ayat ke-96 kemudian menyebut mengenai runtuhnya tem bok penghalang Ya'juj dan Ma ' juj. Ertinya, ada suatu kaum yang dulu menghuni sebuah negeri atau tempat dan tak boleh kembali lagi ke tempat asal mereka hingga akhirnya mereka boleh kembali lagi setelah tembok penghalang Ya'juj dan Ma'juj runtuh dan kaum perosak itu tersebar ke seluruh dunia.

Di sini, Al-Quran dan Injil bersepakat bahawa ada satu kaum yang dahulu menghuni sebuah negeri dan kemudian dihancurkan dan mereka dilarang kembali lagi ke negeri itu. Negeri itu, dalam hal ini adalah sebuah bandar bernama Jerusalem yang merupakan kampung halaman bangsa Yahudi. Dalam sejarahnya, Nebukadnezar penguasa Babylon (Mesopotamia) pernah menghancurkan Kerajaan Yehuda dan mengusir kaum Yahudi keluar dari Yerusalem pada abad ke-6 SM sehingga mereka berdiaspora.

Maharaja Rom Hadrian kemudian membangun kembali sebuah kota di dekat runtuhan Jerusalem pada 70 M yang diberi nama Aelia Capitolina. Langkah Hadrian menempatkan patung-patung dewa dan kuil Rom di bekas Yerusalem menimbulkan perlawanan kaum Yahudi yang masih tinggal di tem pat itu yang dikenali dengan na ma pemberontakan Bar Kokhba. Hadrian murka dengan pemberontakan itu. Bertekad membasmi agama Yahudi di Jerusalem, Rom kembali mengusir kaum Yahudi.
Sumber republika.co.id

Adap seorang anak terhadap ibu bapa


Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al Quran : Maksudnya : "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ah" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

"Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah :" Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mengasihi aku di waktu aku kecil" (Al- Isra': Ayat 24)
Unknown info Islam

Tujuh Perkara Yang Wajib Kita Ingati

Tujuh Perkara Yang Wajib Kita Ingati
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata:
“Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka

2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku

3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya

5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

6. Saya dipesan supaya jangan takut di dalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.

Sumber

Tanda Tanda Takut Kepada Allah


Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :
1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.

3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat “.

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.

Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT ).:

” Sesungguhnya orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga ) “. Surah Al-Hijr : 45.

Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.