Showing posts with label info Politik. Show all posts
Showing posts with label info Politik. Show all posts

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat


Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

Hudud: Pendirian Karpal Ditegur Mufti

SHAH ALAM – Mufi Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Karpal harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.

Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.

Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.

“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya. – Sinar Harian Online

Racun ini Yang Membunuh Yasser Arafat...


Misteri kematian pemimpin Palestin Yasser Arafat pada November 2004 mulai menunjukkan sinar setelah racun yang membunuhnya ditemui dalam pakaiannya, iaitu racun Polonium-210.

Menurut stesen TV Al Jazeera yang menyiasat kematiannya itu selama sembilan bulan. Mereka telah mengirim barang-barang peribadi milik Arafat ke Institut Fisika Radiasi di Universiti Laussane, Swiss untuk dikaji. Hasilnya, pada seluar dalam, kafiyeh, dan pakaiannya, para pengkaji menemui kesan polonium-210.

Kesimpulan awal, Polonium-210 adalah penyebab terbunuhnya pemimpin kharisma Palestin itu . Inilah radioktif berbahaya yang juga menewaskan bekas perisik Rusia Alexander Litvinenko.

Polonium atau biasa disebut ‘Radium F’, ditemui oleh Marie dan Pierre Curie pada 1898 dan diberi nama sempena tanah kelahiran Marie Curie, iaitu Poland (bhs latin: Polonia). Elemen kimia ini diberi simbol Po dengan nombor atom 84.

Polonium-210 adalah zarah yang amat membunuh dan ia jauh lebih berbahaya dibandingkan dimethyl mercury yang biasa digunakan untuk meracun orang. Setiap 1 gram polonium mampu membunuh 1.5 juta orang.

Polonium-210 adalah material radioaktif yang mengeluarkan partikel alfa. Kandungan ini biasanya digunakan untuk menghilangkan debu pada tekstil, fotografi, dan rakaman fonograf. Alfa partikel akan mengion radiasi, namun ia boleh dihentikan dengan mudah menggunakan selembar kertas atau lapisan kulit mati.

Partikel itu akan melepaskan tenaganya dalam jarak yang sangat dekat. Jika Polonium-210 melekat pada kulit, ia tidak berbahaya. Namun, jika ia terhisap atau termakan sehingga masuk ke dalam tubuh, maka Polonium-210 akan masuk ke dalam saliran darah dan partikel alfa di dalamnya terus merosakkan organ-organ tubuh serta lapisan-lapisan vital. Polonium-210 yang masuk ke dalam tubuh boleh dikeluarkan melalui kotoran atau air kencing beberapa bulan kemudian.

Ketika saat Arafat meninggal dunia 11 November 2004 pada usia 75 tahun di hospital di Paris, doktor berkata Arafat mengidap penyakit aneh yang sukar dikenalpasti. Ia berkemungkinan menderita penyakit kanser, sirosis, atau HIV. Namun, penelitian di makmal menunjukkan sangkaan itu meleset.

Kini terungkap sudah penyebab kematian tokoh besar Palestin dan dunia itu. Sekarang apa yang perlu ialah mencari siapa pembunuhnya. Benarkan ia dibunuh oleh agen rahsia Israel, Mossad, seperti yang banyak diperkatakan saat kematiannya?
SUMBER http://www.ustazcambodia.com/

Yasser Arafat Mati Kerana Diracun Israel...

Difahamkan, jenis racun sama turut digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko pada 2006. 

Penerima Hadiah Nobel Keamanan tersebut menghembuskan nafas terakhir pada umur 75 tahun pada 11 November 2004 selepas beberapa minggu dirawat di sebuah hospital di Perancis.

Doktor yang merawat Allahyarham pada masa itu turut gagal mengesan punca kematiannya.

BERN - Bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004 dipercayai berpunca daripada racun polonium-210, menurut laporan makmal di Switzerland dan disiarkan oleh Al-Jazeera, kelmarin.

Ketua Institut Radiasi Fizik, Francois Bochud berkata, kajian itu dijalankan ke atas beberapa sampel biologi yang diperoleh daripada Suha, balu Allahyarham.

"Apa yang boleh kami rumuskan adalah hampir keseluruhan sampel yang diberikan itu mempunyai kesan polonium-210 (bahan radioaktif semula jadi membebaskan sinaran alfa berbahaya pada tahap sangat tinggi," jelasnya.

Menurutnya, jika Suha mahu mendapatkan pengesahan lanjut, mereka perlu menggali semula kubur Allahyarham untuk memperoleh sampel bagi melakukan penyelidikan lebih terperinci.

Sebelum ini, pihak berkuasa Palestin pernah mengesyaki pemimpin tersebut diracun oleh rejim Zionis, namun ia tidak disahkan secara rasmi.

Kematian misteri bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tersebut mula diperkatakan semula selepas rundingan damai bersama Israel masih gagal mencapai sebarang persetujuan berikutan sering kali tertangguh akibat helah rejim Zionis.

Sejarah Kezaliman Telah Kembali...


Mereka Masuk Kedalam Rumahnya...
Mereka Mengikat Tangannya Dibelakang Badannya..
Meraka Berkata Kepadanya : Kalau Kau Nak Hidup,Kau Mesti Kata( Tiada Tuhan Melainkan Bashar )...
Akan Tetapi Dia Menjawab: Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah) ...Maka Mereka  Telah Dibunuh, Adakah Hanya Disyria Saja Bila Engkau Kata ( Tiada Tuhan Melainkan Allah ) Kau Akan Mati...???


P—Ini Yang Akan Terjadi Apabila Seseorang Pemimpin Gilakan Kuasa, Bukan Saja Di Syria Malah Dimana-Mana Saja, Sejarah Telah Berulang, Firaun Dan Haman Zaman Dulu Telah Kembali, Adakah Ini Menunjukan Bahawa Dunia Sudah Nak Berakhir?
 SUMBER http://www.ustazcambodia.com/

Percaya tak! Shahrifah Aini tidak pernah mengundi seumur hidupnya...

BARANGKALI ramai artis di Malaysia yang sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam membuang undi pada setiap kali pilihanraya umum diadakan bagi memilih parti yang memerintah.

"Sebenarnya saya berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi" kata biduanita terkenal negara Datuk Shahrifah Aini yang mengaku tidak pernah mengundi seumur hidupnya.

Datuk Sharifah Aini menarik perhatian para pengunjung di Pejabat Pos Besar Shah Alam semalam, apabila beliau hadir mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, seramai 50 rakan dan peminat beliau turut mengambil langkah yang sama mendaftar sebagai pengundi di beberapa lokasi seperti Gombak, Petaling Jaya termasuk Shah Alam.

"Kepada rakan seperjuangan yang belum mendaftar, daftarlah segera kerana setiap satu undi mampu merubah sesuatu keputusan pilihan raya dan masa depan negara" tambahnya lagi.

P-- bukan saja artis malah ramai lagi rakyat kita yang tak mengambil  berat tentang mengundi, siapakah pun pilihan anda kita harap itu pilihan terbaik. yang pasti kita harus berdaftar dan mengundi.

Sumber: utusan.com.my

PRU di musim haji Haram Hukum Nya..


KUALA LUMPUR - Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (MURSHID) bersepakat bahawa pilihan raya dan pengundian tidak boleh atau haram dilaksanakan  pada waktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji, kata Dr Zahazan Mohamed.

Katanya, semasa haji, berpuluh ribu pengundi berada di luar negara sama ada mengerjakan haji atau bertugas selaku pembimbing dan pengurus jemaah haji.
Menurut beliau, dalam sistem demokrasi, pilihan raya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah.
Maka, ketika sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah memastikan semaksimum mungkin penyertaan rakyat dalam pilihan raya dan kempen pendaftaran pengundian mesti dipermoden dan dipermudah di seluruh tanah air, dan rakyat yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.
Tambahnya, jika pilihan raya dilakukan juga pada musim haji, ia adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan kerana proses pengundian adalah suatu proses kesaksian.

Beliau memetik dua firman Allah iaitu “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu.” ( At-Talaq: 2) dan "Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil." (Al-Baqarah: 282).
Dalam sesuatu proses yang memerlukan mereka yang bermaklumat bersaksi untuk menegakkan keputusan dan keadilan, saksi tersebut diharamkan untuk enggan memberi keterangan.
Menurutnya lagi, jika pihak berkuasa memutuskan pilihan raya dibuat pada musim haji, ia adalah suatu tindakan akan dikira secara sengaja menghalang rakyat daripada  keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.

Hal ini kerana dalam pilihan raya, rakyat bertindak sebagai saksi untuk menyokong seseorang calon yang dirasakan mampu memartabatkan keadilan dan keharmonian dalam negara atau menolaknya.
Katanya, jika saksi tidak harus enggan memberi penyaksian, tidak harus juga pihak ketiga menghalang saksi daripada memberi penyaksian seperti sengaja membuat sesi perbicaraan pada waktu saksi berada di luar negara.

Ustaz Zahazan mengingatkan firman Allah yang mengingatkan bahawa semua yang diberikan hak dan berkelayakan memberikan penyaksian sama ada di mahkamah dan termasuk juga penyaksian pada musim pilihan raya, mestilah tidak sengaja menutup kesaksian mereka dan jangan pula pihak berkuasa menutup ruang dan hak mereka.

“Janganlah kamu enggan memberikan penyaksian, barangsiapa yang menyembunyikannya maka berdosa hatinya …” (Al-Baqarah: 283)
MURSHID adalah sebuah gabungan melibatkan ulama, cendekiawan dan ilmuwan Islam di Malaysia yang dipengerusikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman bagi membincangkan dan bersepakat memberi pandangan dalam isu-isu kontemporari menurut perspektif Islam.

Abby Abadi dituduh mendapat petunjuk ke jalan sesat...



PELAKON yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam rancangan Gerak Khas, Abby Abadi semalam melahirkan kekecewaan apabila dituduh sebagai mendapat hidayah sesat.

Dipetik daripada akaun twitter miliknya, Abby yang kini tampil dengan imej manis bertudung, mempersoalkan mengapa ketika bersama Barisan Nasional, BN sebelum ini tiada pihak yang mengata dirinya.

Abby turut menjelaskan bahawa sejak Parti Islam, PAS meraikan penghijrahan beliau, pelbagai cerita mula timbul, sehinggakan ada yang menuduh dirinya mendapat hidayah sesat [Twitter].




Sebelum ini Abby mendapat liputan media apabila dilihat menyangkal kenyataan salah seorang menteri yang mendakwa peserta Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh parti Islam itu menerima bayaran.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis terkenal tanah air secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Parti Islam, PAS malah ramai yang turut bergiat aktif sebagai aktivis parti Islam itu.

Semasa Abby aktif di dalam dunia lakonan, sibuk dengan dunia seni menghiburkan orang tiada pihak yang menuduhnya sesat, namun selepas beliau mula berhijrah, menutup aurat dan mula berdakwah dituduh pula mendapat hidayah sesat.

Sumber: MiLo SuaM
Unknown info Politik

Gambar Lelaki Yang Berani Tampar Muka Menteri...


NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.
Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.
Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.
Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.
“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.
Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.
Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.
Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.
Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.
Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.
“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu. – Agensi