Sebagai seorang anak kita mempunyai satu tanggungjawab iaitu menjaga ibu bapa kita apabila mereka sudah tidak mempunyai kudrat. Ketahui apakah hukum menjaga ibu bapa.
Apabila kita meningkat dewasa, sudah berpendidikan malah sudah mempunyai kelaurga sendiri, adakalanya kita lupa akan tanggungjawab untuk menjaga kedua-dua ibu bapa kita. Sejak kecil, mereka tidak pernah merungut untuk membesarkan kita, tetapi terdapat anak-anak pada hari ini sanggup membiarkan ibu bapa mereka terkontang-kanting di kampung. Sebagai anak yang baik, kita perlulah menjaga ibu bapa apabila sampainya tanggungjawab itu. Jom ketahui apakah persoalan mengenai hukum menjaga ibu bapa.
Soalan :
Saya ada kemusykilan tentang hukum penjagaan orang tua. Adakah keutamaan hak dan kewajipan menjaga orang tua hukumnya sama antara anak lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga?
Apakah hukum seorang anak lelaki yang tidak mahu mengambil menganggung orangtuanya yang telah uzur dan berhajat untuk tinggal bersamanya tetapi sanggup menghantar orangtuanya ke rumah kebajikan hanya kerana si isteri tidak mengizinkan. Sehinggakan pada hari kematian orangtuanya pun si isteri tidak datang melawat, sebagai suami apakah tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya.
Harap disertakan dalil dan hadith.
Jawapan :
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Hak dan keutamaan serta kewajipan menjaga kedua ibu bapa yang telah tua adalah sama diantara anak lelaki dan anak perempuan.
Hukumannya adalah berdosa samada anak lelaki atau perempuan yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kedua ibubapanya lebih-lebih lagi dihantar ke rumah kebajikan. Tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya ialah menasihati dan mendidik isteri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam, akhlak yang mulia dan budipekerti yang tinggi.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pekiharaanmu, maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
(Surah Al- Isra’-ayat 23)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa”
(Riwayat Muslim)
Wallahu A’lam.
P-- Jadi, sudah jelas bahawa hukum menjaga ibu bapa adalah wajib bagi anak-anak jika sudah rasatanggungjawab sudah sampai. Teringat sebuah kisah di mana ada seorang sahabat nabi ingin pergi berjihad bersama rasulullah SAW, tetapi Rasulullah SAW bertanya adakah ibunya masih hidup, maka sahabat itu berkata masih lagi hidup. Maka rasulullah SAW tidak membenarkan sahabat itu menyertai peperangan kerana meminta menjaga ibunya di rumah.....Sumber..UstazCambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam
dengan judul Apakah Hukum Terhadap Ibu Bapa?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/07/apakah-hukum-terhadap-ibu-bapa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Apakah hukumnya jika seorang Ibu tahu hukum hakam solat & sebagainya tetapi selalu prasangkaburuk pada anak & menantu?
ReplyDelete