Seorang Gadis dirogol ketika haid...

Nafsu binatang, dirogol ketika haid, Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa, Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger,
SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir. “Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan,” katanya. Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya.

“Di rumah itu mangsa dibawa masuk ke bilik dan dipaksa baring di atas tilam nipis. Seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali.

“Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid,” katanya.

Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat.

Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini.

“Hasil pemeriksaan, kami menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa.

“Selain itu, hasil soal siasat juga, jam 10 pagi, pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

“Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah,” katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan Isnin lalu, kumpulan yang sama merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di tempat sama.

Zahedi berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berbual-bual dengan teman lelakinya di blok Wisma Mais, Seksyen 3, di sini sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang menariknya ke dalam kereta.

Katanya, teman lelaki mangsa cuba mengejar dengan motosikal tetapi gagal.

Zahedi berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang merogol mangsa adalah kumpulan sama yang menjalankan kegiatan samun dan rogol pelajar IPT berkenaan.

“Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu,” katanya.

Sumber : Hmetro
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Dunia / info Islam / info Maksiat dengan judul Seorang Gadis dirogol ketika haid.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/07/seorang-gadis-dirogol-ketika-haid.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Seorang Gadis dirogol ketika haid..."

Post a Comment

Arsip Blog