Showing posts with label info Dunia. Show all posts
Showing posts with label info Dunia. Show all posts

Apakah Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa ?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
 
1.JAWAPAN DARI JAKIM
Soalan : Assalamualaikum WBTH. Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih.. 

 Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas". Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki. Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
 
Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum. Nota: 1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM 2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja. 3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com) SOALAN:
 
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.  

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas. Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud: "Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak." Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya : "Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya." 

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.
3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
#Barang-barang kemas daripada emas suasa# Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
 
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. 

(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86) Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25) Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
 
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.” 

 Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.” Berkata al-Imam Ibnu Hajar , sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.  

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”  

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)
4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga. 
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
WALLAHUA'LAM Sumber: Ibnu Islam..

Kita Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari


Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.


Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.


Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat


Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

Kisah Bagaimana Allah Memberi Rezaki Ular Buta

Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut.

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya.

Misteri Binaan Piramid Akhirnya Terjawab

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia telah dibina.

Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid itu kerana batuan berkenaan amat berat.

Adanya yang mengatakan rangkanya dibina dahulu dan kemudiannya ia disalut dengan campuran lumpur dan air supaya proses meletakkan batu-batuan akan menjadi lebih mudah.

Ada juga yang mengatakan batu-batuan tersebut diletakkan menggunakan alat pembinaan yang dicipta khas.
Tetapi apakah rahsia disebalik pembinaan piramid ini?

Pada 1 Disember 2006, akhbar Amerika Times, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun amat mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan hal seperti ini.

Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Tetapi Al-Quran telah pun mempunyai jawapannya, jika dikaji lebih mendalam, Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan.

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta. “(Al-Qasas: 38)

Subahanallah! Rupanya ia sudah termaktub di dalam Al-Quran!
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan, raksasa, patung-patung dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Fakta: Kenapa Wanita Kena Pakai Tudung

Wanita akan nampak ayu bila dia memakai tudung dan itu sudah pasti dan amat diakui dan dipersetujui oleh kebanyakkan lelaki. Seperti yang semua sedia maklum yang wanita wajib menutup auratnya dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki kecuali pergelengan tangan dan muka. Jadi rambut adalah sebahagian dari aurat bagi wanita. So, kenapa yang banyak yang masih tak faham tentang perkara nie. Memakai tudung bukannya menjadi suatu kewajiban kepada wanita itu sendiri tapi yang menjadi kewajiban adalah menutup aurat. 
 
Banyak kelebihan wanita yang memakai tudung nie. Antaranya, wanita akan nampak ayu dan cantik bila memakai tudung. Kedua, wanita itu akan lebih dihoramati oleh golongan lelaki. Ketiga, dapat mengelakkan rambut dari terkena panas terik matahari dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada. Salah satu kelebihan wanita itu memakai tudung adalah dapat menjaga tona kulit wanita itu sendiri. 
 
Sebab itulah wanita yang memakai tudung nie lebih manis dan cantik bila dipandang berbanding dengan wanita yang tak bertudung atau freehair. Memang terdapat fakta secara medical tentang wanita bertudung. Kalau tak percaya, meh baca fakta kat bawah nie lepas tu baru komen erk…
 
Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS..
 
Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.
 
Allah S.W.T. ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung. Hal ini kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang empat saraf yang penting antaranya ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya.
Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA.
 
Oleh hal yang demikian, pemakaian tudung kepada wanita adalah digalakkan demi untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, dan untuk kecantikan dia juga. oleh sebab itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..
 
“SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.”

Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
 
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami. sumber darulnuman.com

Rangka Kapal kayu Zaman Firaun Ditemui


KAHERAH - Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.

Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.

Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.

Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga. - sumber

Jaga-jaga ada Cover Phone Kulit Babi di Pasaran

Tolong berhati hati bila membeli phone cover kulit. Tolong check that cover carefully. Kalau nampak 3 titik segitiga di kulit itu. Jangan beli. Itu adalah kulit babi.

One of my friend beli phone cover ni di Jalan Pasar. Selepas 2 hari memakainya baru dia perasan yang kulit di bahagian dalam phone cover tu ada 3 titik segitiga. Sahih lah ianya dari kulit babi.
Beliau membelinya dengan harga RM18. Beliau cuba mencari phone cover lain di KL Sentral dan terkejut, bila jurujual itu menunjukkan phone cover jenis yang sama seperti beliau beli di Jalan Pasar.

Klik Gambar Untuk ZOOM!
Dari situ, boleh lah kita membuat andaian bahawa, phone cover kulit babi ini dah meluas dipasaran. Di harap kawan-kawan dapat mengelakkan diri dari membeli phone cover jenis kulit ini....

Klik Gambar Untuk ZOOM!
Untuk Mengenai Penjelasan Tentang Cara Mengenali Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit Babi.. Boleh Klik Link Dibawah..
==> http://panduanpercuma.info/tahukah/3587/cara-kenali-barangan-diperbuat-daripada-kulit-babi/

Tolong sebarkan berita ini kepada umat Islam yang lain supaya kita tidak terjebak dengan membeli barangan dari kulit Babi....

Wallahua'lam....  Sumber : Jiwang.org & Facebook

Al-Quran Dijadikan Pembalut Mercun

Beberapa orang penduduk Panton Labu di Aceh terperanjat apabila menjumpai cebisan Al-Quran dibuat pembalut mercun.

Perbuatan tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk kerana menganggap ia merupakan satu penghinaan terhadap islam.

Kejadian itu telah dilaporkan oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai Nurdin menjumpai kertas mercun yang dipenuhi tulisan Al-Quran semasa sedang berniaga pada minggu lalu.

Kemudian untuk tindakan selanjutnya, dia terus melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye.

Ketua MPU telah mengesahkan cebisan kertas yang dijumpainya itu ternyata merupakan cebisan daripada helaian Al-Quran dan menegaskan orang yang bertanggungjawab akan ditangkap dengan segera....Sumber

Kelebihan @ Faedah Ilmu

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhanmu Yang Paling Pemurah. Yang telah mengajar (manusia) dengankalam. Dia yang mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-‘Alaq : 1-5)

Perintah pertama yang Allah turunkan kepada nabi Muhammad ialah membaca. Membaca ialah sumber ilmu. Begitulah kepentingan ilmu kepada umat manusia. Mengapakah ilmu begitu penting? Ini kerana ilmu adalah alat dalam penerimaan ibadat. Syariat yang disampaikan oleh Allah adalah satu ilmu. Dan untuk melaksanakan syariat kita mestilah berilmu.

Sabda Rasulullah S.a.w: “ Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim dan muslimat”.

Ilmu di dalam bahasa arab bermaksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara sebenar. Ilmu juga boleh didefinisikan sebagai petunjuk; makrifat; ilmu adalah ingatan, imaginasi, imej pandangan atau pendapat; dan ilmu juga adalah proses mengetahui , orang yang mengetahui dan apa yang diketahui; dan ilmu juga adalah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.

Firman Allah:

“(Petunjuk itu) sebagaimana kami telah mengutus seorang Rasul dari golonganmu yang membacakan ayat-ayat Kami kepadamu, membersihkan kamu (dari sifat syirik dan lain-lain kelakuan jahat), mengajarkan kepadamu (isi) kitab (Al-Quranul Karim) dan hikmah, serta mengajarkan kepadamu hal-hal yang belum kamu ketahui” (Al-Baqarah: 151)

Bagaimanakah kita memperolehi ilmu? Sumber ilmu adalah akal, pancaindera dan ilham. Sumber-sumber ini hendaklah dijaga dengan baik agar kita dapat menggunakan manfaatnya semaksima yang mungkin bagi memperolehi ilmu yang berfaedah, berkat dan diredhai Allah. Janganlah pula sumber-sumber ini digunakan untuk mencari ilmu yang jahat, tidak berfaedah dan menyusahkan orang lain. Bertanya juga ialah anak kunci kepada ilmu.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : Rasulullah S.a.w bersabda: “ Ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh Allah Ta’ala. Maka sesungguhnya dari pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”.

Sesungguhnya orang yang berilmu mempunyai banyak kelebihan. Diantaranya ialah pahala yang berterusan. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, bahawa Rasulullah S.a.w bersabda : “Apabila mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi mnfaat. Ketiga doa anak yang soleh yang mendoakan baginya”. (Hadith riwayat Muslim)

Allah juga berfirman:

“Allah memberikan hikmah (ilmu yang bermanfaat) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Siapa yang memperoleh hikmah itu, sesungguhnya telah memperolehi kebajikan yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang mengendahkan peringatan”. (Al-Baqarah : 269)

Apabila kita memperolehi ilmu, kita hendaklah mengajarkannya pula kepada orang lain. Ini kerana mengajar itu sedekah yang paling baik.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah S.a.w telah bersabda: “Sebaik-baik sedekah itu ialah seorang Muslim belajar sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada muslim yang lain”. (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Tidak ada hasad (iri) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang, yaitu terhadap orang yang Allah berikan harta, ia menghabiskannya dalam kebaikan dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu, ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain”. (Sahih Muslim)

Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Daripada Wasilah bin Asqoq r.a. berkata: bersabda Rasulullah S.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu lalu ia mendapatkanya maka baginya dua pahala. Dan barangsiapa mencari ilmu tetapi tidak mendapatkannya maka baginya dapat satu pahala”. (Hadith riwayat Al-Darami)

Orang yang berilmu juga mempunyai banyak kelebihan dan kehebatan. Sabda Rasulullah S.a.w: “ Seseorang yang alim itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan daripada seribu abid (yang tidak alim)”. (Hadith riwayat At-Tarmizi, ibn Majah)

Orang yang alim juga hidupnya berkat. Dia sentiasa mencari pengetahuan dan mengajarkannya pula kepada orang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah S.a.w: “Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manfaat kepada orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak menyusahkan orang lain)”.

Rasulullah S.a.w bersabda: “Sampaikanlah apa yang kamu dengar daripadaku walaupun sepotong ayat”. Segala ilmu berfaedah yang diperolehi hendaklah disampaikan kepada orang lain, agar kita sama-sama mendapat keberkatan dan rahmatnya.

Namun begitu, kita juga hendaklah berhati-hati ketika menyampaikan sesuatu ilmu. Kita dituntut menyampaikan ilmu yang berfaedah dan orang lain dapat memanfaatkan ilmu itu dengan sebaiknya. Janganlah pula kita menyampaikan ilmu yang boleh menghancurkan dan memusnahkan orang lain.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku telah ingat daripada Rasulullah S.a.w. dua jenis ilmu. Adapun yang pertama telah aku sebarkan kepada kamu semua (para Tabi’in. adapun yang satu lagi seandainya aku sampaikan kepada kamu nescaya akan dipotong leherku ini”

Bagaimanakah kita hendak memelihara ilmu? Peliharalah ilmu dengan menulisnya. Ini kerana apabila kita menulis, kita dapat membacanya, dan orang lain juga memperoleh faedah daripada tulisan itu.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal kepada RAsulullah S.a.w. Dia berkata: wahai Rasulullah! Aku sesungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menghafaznya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi S.a.w : “Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu”. Sambil mengisyaratkan hendaklah dia menulis apa yang dia dengarkan.

Lebih banyak kita menulis, lebih luas ilmu yang kita dapat. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : “Tidak ada dari keseluruhan sahabat Rasulullah S.a.w yang paling banyak meriwayatkan hadith lebih daripada aku, kecuali Abdullah bin Umar, maka dia lebih banyak daripada aku, kerana dia menulis dan aku tidak menulis”.

Daripada Anas Bin Malik, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada Ramadan, Allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (Rasulullah) di bawah Arasy”. Sesungguhnya setiap kali kita menuntut ilmu, kita akan mendapat berkat. Kita digalakkan menuntut ilmu tanpa mengira usia. Biasakanlah diri kita menghadiri kuliah ilmu samada secara formal atau tidak formal.

Begitulah banyaknya kelebihan ilmu. Oleh itu kita dituntut untuk mencari ilmu sebagai keperluan di dunia dan menjamin kita di akhirat. Janganlah pula kita mencari ilmu yang boleh menyusahkan orang lain.

Perlu diingatkan, sebaik-baik adab mencari ilmu, kita hendaklah berguru. Guru tersebut mestilah alim dan mursyid. Janganlah kita mencari guru yang salah tafsiranya terhadap ilmu tersebut. Dan guru tersebut hendaklah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Rasulullah bersabda:"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulNya".

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya tentang perkara tersebut. Beliau menjawab:"Tidak diragui lagi bahawa ilmu boleh diperolehi dengan mempelajarinya daripada para ulama dan daripada kitab. Ini kerana, kitab seorang ulama adalah ulama itu sendiri, dia berbicara kepadamu tentang isi kitab itu. Jika tidak dapat menuntut ilmu daripada ahli ilmu maka dia boleh mencari ilmu daripada kitab. Akan tetapi memperolehi ilmu melalui ulama lebih dekat (mudah) daripada memperolehi ilmu melalui kitab, ini kerana orang yang memperolehi ilmu melalui kitab akan banyak menemui kesulitan dan memerlukan kesungguhan yang besar, dan akan banyak perkara yang akan dia fahami secara samar sebagaimana terdapat di dalam kaedah syar’iyyah dan batasan yang ditetapkan oleh para ulama. Maka dia hendaklah mempunyai tempat rujukan di kalangan ahli ilmu semampu mungkin.

Renung-renungkanlah…

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”

-Riwayat at-Tirmidzi-

Olimpik 2012: Penghinaan Terhadap Nabi Musa A.S



  • Share
Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu. Lihat gambar bayi itu, yang sedang tidur dan dibawa secara perlahan-lahan upacara pembukaan Olimpik 2012, menggambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa A.S yang sedang dihanyutkan diatas Sungai Nil ketika waktu malam.
Selepas itu dalam gambar ini muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat. Kita pernah dengar cerita-cerita mengenai Nabi dan Rasul kita termasuklah Nabi Musa kan. Nabi Musa A.S mempunyai tongkat yang mempunyai kuasa dan itu adalah mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada beliau. Nabi Musa A.S menggunakan tongkat itu untuk membelah laut setelah mendapat petunjuk dari Allah SWT bagi menyelamatkan kaumnya Bani Israel untuk melarikan diri dari dikejar Firaun Laknatullah. Dan dengan kuasa Allah SWT laut itu terbelah dua dan ketika Firaun melintasinya, laut itu kembali seperti sedia kala dan menenggelamkan Firaun dan pengikutnya.

Gambar ini adalah satu penghinaan kepada Islam umumnya. Mereka menggambarkan Nabi Musa A.S sebagai ahli sihir tersebut. Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.

1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter ??? Wallahu’alam.. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengagumi acara itu kerana percayalah banyak lagi bukti-bukti upacara penyembahan syaitan dan penghinaan kepada Islam berlaku pada acara itu. Cuma kita menyedarinya ataupun tidak sahaja.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui,
Sama ada baik ataupun yang buruk.
Jadi banyak-banyakkan lah meminta ampun kepadaNya.
InsyaAllah, Dimakbulkan doa kita semua..
Amin, Assalamu’alaikum.
Sumber: http://iamsharina.blogspot.com/

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012

Selamat berpuasa admin ucapkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Di sini admin kongsikan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2012. Ia disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pastikan anda bookmark post ini bagi memudahkan rujukan berbuka puasa Ramadhan 1433H.

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA MELAKA
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA JOHOR
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PERAK
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SARAWAK
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SABAH
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TERENGGANU

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA KELANTAN


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELANGOR


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PAHANG


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PERLIS


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI SEMBILAN


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA KEDAH


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA PULAU PINANG


JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA WILAYAH PERSEKUTUAN

Gambar Seorang Bayi Dibakar...

Zaman Jahiliyah dahulu,orang Arab bunuh anak perempuan hidup2 bukan kerana mereka malu atau tidak sayang tetapi mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirogol depan mata mereka apabila besar nanti.jadi,demi maruah anak dara mereka tercalar biar mati dari kecil.

Sebaliknya zaman moden yang konon bertamadun hari ini,tanpa buang anak tidak kira lelaki perempuan tanpa belas,rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram.inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.

Si kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat.adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka?kembalilah kepada ajaran Islam,jauhilah budaya cinta tanpa batas agama,jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.

Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam. Sumber

Berapa Cara Selamatkan Diri Dari Melakukan Maksiat


JIKA kita sedar betapa tingginya nikmat Allah yang anugerahkan, nescaya tidak ada satu alasan pun untuk derhaka kepada-Nya.
Sejak bangun daripada tidur sehingga tidur kembali, bahkan dalam tidur itu sendiri, semuanya itu tidak akan dapat dilakukan tanpa kuasa dan izin Allah s.w.t

Apa yang ada pada diri kita mulai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adalah pemberian Allah. Segala pemberian yang ada di sekeliling kita seperti keluarga, sanak saudara hingga harta benda adalah kurniaan Allah.
Tidak ada satu detik pun yang dijalani oleh seorang hamba dalam kehidupannya di dunia ini, melainkan ia berada di bawah kurniaan dan anugerah Allah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya).” (Surah An-Nahl ayat 53)
Mengetahui hakikat yang agung ini, apakah yang harus kita lakukan sebagai seorang hamba lemah yang tidak memiliki daya upaya apa pun untuk mewujudkan sesuatu melainkan kerana pertolongan daripada-Nya?
Mengapa kita derhaka kepada-Nya padahal setiap detik kita menikmati pemberian-Nya? Mengapa kita melalaikan-Nya kerana kesombongan kita dengan mengatakan bahawa segala yang kita capai adalah kerana usaha kita belaka.
Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adham lalu berkata: “Sesungguhnya aku adalah orang yang banyak melakukan perbuatan dosa, maka nasihatilah aku!
Ibrahim berkata: “Jika kamu mahu menerima lima perkara dariku dan kamu mampu melaksanakannya, maka perbuatan maksiat apa pun tidak akan mencelakakan kamu.”
Maka orang itu berkata: “Apakah itu? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah makan daripada rezeki-Nya!”
Orang itu menjawab: “Jika begitu, dari mana aku makan kerana semua yang ada di bumi ini adalah pemberian-Nya? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang kedua? Ibrahim berkata: “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka janganlah kamu tinggal di bumi-Nya!
Orang itu berkata: “Ini lebih besar dari yang pertama, di mana aku harus tinggal? Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya ?”
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang ketiga? Ibrahim berkata, “Jika kamu ingin bermaksiat kepada Allah s.w.t maka carilah tempat di mana Allah s.w.t tidak melihatmu!”
Orang itu berkata: “Ke mana aku harus pergi, sedangkan Allah mengetahui semua yang nampak dan tersembunyi?” Ibrahim berkata: “Apakah patut kamu bermaksiat kepada Allah, sedangkan kamu memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya serta Dia melihat apa yang kamu lakukan?
Orang itu menjawab: “Tidak, kemudian apa yang keempat? Ibrahim berkata: “Jika malaikat maut datang untuk mengambil rohmu, maka mohonlah kepadanya: “Berilah aku waktu agar aku dapat bertaubat dan beramal soleh!
Orang itu berkata: “Permohonanku tidak akan dikabulkan dan mereka tidak akan menunda (kematianku). Ibrahim berkata: “Jika kamu tidak dapat menghindar daripada datangnya kematian agar dapat bertaubat dan beramal soleh maka kenapa kamu berbuat maksiat kepada-Nya?
Orang itu berkata: Lalu apa yang kelima? Ibrahim berkata: “Jika di hari kiamat nanti, malaikat penjaga neraka datang untuk mengirimmu ke neraka, maka janganlah kamu menurutinya!
Orang itu berkata: “Mereka tidak akan melepaskanku dan tidak akan mengabulkan keinginanku.” Ibrahim berkata: “Jika demikian, bagaimana kamu berharap dapat selamat?
Orang itu pun berkata: “Cukuplah hal ini bagiku. Sungguh aku memohon ampun kepada Allah s.w.t dan bertaubat kepada-Nya.”
Percakapan di atas adalah sebuah dialog yang dapat menggugat hati kita yang semakin beku dan keras.
Nasihat ulama mulia itu membuktikan semua nikmat di dunia ini adalah anugerah kurniaan daripada Allah. Menyedari hakikat ini, adalah menjadi kewajipan untuk kita sentiasa bersyukur kepada Allah pada bila-bila masa, di mana dan dalam keadaan apa pun.
Syukur kita adalah bentuk nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah-Nya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 172)
Sesungguhnya syukur harus dilakukan dengan hati, lisan dan anggota badan. Syukur dengan hati adalah kita me ngakui dan meyakini bahawa apa pun nikmat yang kita peroleh datangnya dari Allah.
Syukur dengan lisan adalah kita selalu membasahi lisan ini dengan zikir dan ucapan syukur kepada-Nya. Syukur dengan anggota badan pula adalah kita menggunakan segala bentuk nikmat yang Dia anugerahkan kepada kita sebagai saranan untuk menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Gunakan nikmat yang diberikan-Nya untuk merealisasikan tujuan utama kita diciptakan, iaitu untuk beribadah kepada Allah s.w.t
Sesungguhnya, kebahagiaan tidaklah diukur dengan limpahan harta dunia.
Ketenangan jiwa hanya akan diraih oleh orang mukmin yang selalu bersyukur kepada-Nya. Syukurilah segala nikmat-Nya sekecil apa pun nikmat itu menurut kita, kerana Allah menjanjikan pahala bagi orang yang mahu bersyukur, dan mengancam dengan seksa bagi orang yang kufur.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan ingatlah tat kala Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim ayat 7).