Wanita akan nampak ayu bila dia memakai tudung dan itu sudah pasti
dan amat diakui dan dipersetujui oleh kebanyakkan lelaki. Seperti yang
semua sedia maklum yang wanita wajib menutup auratnya dari hujung rambut
sehinggalah ke hujung kaki kecuali pergelengan tangan dan muka. Jadi
rambut adalah sebahagian dari aurat bagi wanita. So, kenapa yang banyak
yang masih tak faham tentang perkara nie. Memakai tudung bukannya
menjadi suatu kewajiban kepada wanita itu sendiri tapi yang menjadi
kewajiban adalah menutup aurat.
Banyak kelebihan wanita yang memakai tudung nie. Antaranya, wanita
akan nampak ayu dan cantik bila memakai tudung. Kedua, wanita itu akan
lebih dihoramati oleh golongan lelaki. Ketiga, dapat mengelakkan rambut
dari terkena panas terik matahari dan banyak lagi kelebihan-kelebihan
yang ada. Salah satu kelebihan wanita itu memakai tudung adalah dapat
menjaga tona kulit wanita itu sendiri.
Sebab itulah wanita yang memakai
tudung nie lebih manis dan cantik bila dipandang berbanding dengan
wanita yang tak bertudung atau freehair. Memang terdapat fakta
secara medical tentang wanita bertudung. Kalau tak percaya, meh baca
fakta kat bawah nie lepas tu baru komen erk…
Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10
perbezaan (setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling
ketara adalah pada MASTOID PROCESS..
Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang
yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa,
0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya
sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa
dan untuk perempuan saiznya kecil saja.
Allah S.W.T. ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah
disyariatkan pemakaian tudung. Hal ini kerana, dalam mastoid process ini
ada sekurang-kurang empat saraf yang penting antaranya ialah FACIAL
nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini
berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita,
gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya.
Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila
sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya
tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan
memberi kesan kepada TONA MUKA.
Oleh hal yang demikian, pemakaian tudung kepada wanita adalah
digalakkan demi untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri,
dan untuk kecantikan dia juga. oleh sebab itulah siapa-siapa yang
menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan
berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih
menawan..
“SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA.”
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Dunia /
info Informasi /
info Islam
dengan judul Fakta: Kenapa Wanita Kena Pakai Tudung. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/fakta-kenapa-wanita-kena-pakai-tudung.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Fakta: Kenapa Wanita Kena Pakai Tudung"
Post a Comment