Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah
mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah
sakitnya 300 kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah jika
kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak,
cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya.
Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri.
Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak
tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat
sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh
itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,
maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.
Antaranya:-
Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih
Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri
Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersuci kamu sekalian dari buang air
kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang
air kecil.”
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk
bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul
maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali.
Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan
sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah
memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris
dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon
kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu
dimakbulkan Allah.
Setelah di dapati Nabi Idris as sudah
hidup kembali, malaikatul maut bertanya: “Ya saudaraku, bagaimana
rasanya kesakitan maut?” Jawab Nabi Idris: “Sesungguhnya ibarat
terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit
menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut:
“Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus
mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap
seseorang pun.”
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as
telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah.
Maka sebahagian orang kafir berkata: “Sesungguhnya engkau telah
menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin
mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang
yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.”
Kata Nabi Isa as: “Cubalah kamu pilihkan?” Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh).”
Maka
Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan
berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut
dan janggutnya sudah beruban.
Nabi Isa as hairan kenapa jadi
begitu. Berkata Sam bin Nuh: “Saya telah mendengar panggilanmu dan saya
mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah
menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi
Isa as: “Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?” Kata Sam:
“Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut.”
Betapa
kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu
dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat
tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh
kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat
kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh
Malaikat Izrail. Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih
mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah
yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya.
Walaupun dia
sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak
memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula
melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bahawa
malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali
dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati
orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala
untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak
ketawa.” Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh
malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan
ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,
kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan
mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan
hubungannya dengan malaikat maut. Meskipun mata manusia hanya mampu
melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran
malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib,
iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia
itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi
manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap
kematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan atheis,
dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan
sebab-sebabnya yang zahir sahaja.
Dia mengambil logik bahawa
banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan
oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan
juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan
jalan raya. Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh
serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung,
AIDS, demam denggi, ta’un dan sebagainya.
Disebabkan manusia
melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka
manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang
disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka
bertanya, “sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? “.
Tidak
ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat
maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan
malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti
memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya
malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna,
dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun
roh orang yang mendapat kecelakaan dan mala petaka. Jika Allah SWT
menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika
diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian
tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun
orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat
maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa
riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka
kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.
Walau
bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu
kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya.
Misalnya
sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan
menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi
peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia
menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan
dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta
menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang
muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang
mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan
memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa
waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal
kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal
datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada
dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya.
Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah
SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih
dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab
itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan
orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya,
jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah
bahaya itu.
Selain itu Allah Taala menjadikan
sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut,
sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi
yang panjang.
Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa
kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk
bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang
terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para
nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu
malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh
keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh
manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan
sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan
bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada
kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam
itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang
dialami oleh mereka.
Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata
bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat
kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian
yang berlaku itu.
Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana
manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat
maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat mala petaka atau
sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya
telah tiba.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah
ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah
nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang
ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas
seperti yang telah diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimanapun
adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu
sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal
tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut
roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam
keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan
terhadap manusia itu.
Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak
pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika
sihat dan segar bugar. Firman Allah Taala Yang bermaksud:
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat
(pula) mencepatkannya. “
(Surah Al-A’raf: ayat 34)
Allah
merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita
melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana
pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa
ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya
dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat
keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya
diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab
dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat
kelak.
(Halaqah.net)
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Informasi /
info Islam
dengan judul Sakitnya Sakaratul Maut…4,000 Tahun Masih Sakit. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/sakitnya-sakaratul-maut4000-tahun-masih.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Sakitnya Sakaratul Maut…4,000 Tahun Masih Sakit"
Post a Comment