4 Jenis Hukum Dalam Perkahwinan


4 Jenis Hukum Dalam Perkahwinan
Perkahwinan dalam Islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulamak.

Firman Allah S.W.T. :
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada kalangan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan)." -Surah An-Nur Ayat 32.

1. Difardhukan


Apabila YAKIN akan terhindar daripada kancah penzinaan dan menyucikan maruah dan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama Islam.

2. Diharamkan


Apabila individu itu YAKIN bahawasanya ia akan berlaku ZALIM terhadap pasangannya dengan melakukan KEKERASAN, KEZALIMAN, KETIDAKADILAN dan akan mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dalam menyediakan keperluan asas rumah tangga serta nafkah zahir dan batin.

3. Dimakruhkan

Apabila BIMBANG tidak dapat berlaku ADIL terhadap isterinya kerana UZUR (penyakit) atau usia yang LANJUT atau memiliki sifat-sifat BURUK yang di luar kawalan dirinya sendiri.

4. Disunatkan

Jumhur Ulamak berpendapat bahawa dianggap sunat berkahwin JIKA merasakan diri itu tiada kebimbangan akan berlakunya zina walaupun diri itu sempurna atau untuk menuntut ilmu.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul 4 Jenis Hukum Dalam Perkahwinan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/4-jenis-hukum-dalam-perkahwinan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "4 Jenis Hukum Dalam Perkahwinan"

Post a Comment

Arsip Blog