SAYA
berasal dari Pahang, tetapi sudah bekerja di Kuala Lumpur hampir lima
tahun. Jarak rumah sewa saya di Kuala Lumpur dengan kampung melebihi dua
marhalah.
Bolehkah
jika saya pulang ke kampung tiga hari dua malam dan melakukan solat
jamak dan qasar di kampung kerana saya tidak lagi menetap di sana secara
tetap buat masa ini?
Din,
Pahang
SOLAT
jamak dan qasar dalam musafir adalah harus. Ia rukhsah daripada Allah
kepada umat Islam. Antara syarat melakukan solat jamak dan qasar ialah
(1) apabila seseorang yang bermusafir sampai ke satu destinasi yang dia
tidak berniat untuk tinggal menetap (mastautin) di situ. (2) Seseorang
itu juga tidak berniat untuk menetap di tempat itu selama empat hari.
Kiraan
hari tidak termasuk hari tiba dan hari beredar keluar. Dalam kes anda
di atas, solat jamak dan qasar diharuskan apabila tempat menetap anda di
Kuala Lumpur dan bukan lagi di kampung dengan memenuhi syarat-syarat di
atas......UstazCambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam
dengan judul Hukum melakukan solat jamak. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/hukum-melakukan-solat-jamak.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Hukum melakukan solat jamak"
Post a Comment