Hukum Jika Wanita Keluar Air Mazi

Sekadar Gambar Hiasan
Soalan
YANG saya tahu, jika lelaki keluar air mazi, tidak perlu mandi jika hendak menunaikan solat. Adakah wanita juga begitu atau mereka perlu mandi jika hendak bersolat?

Bagaimana pula jika ada wanita yang terbaca majalah berkenaan seks rumah tangga sehingga menyebab­kan air mazinya keluar.

MOHAMAD,
Johor

Jawapan
HUKUM antara lelaki dan perempuan dalam perkara itu adalah sama. Air mazi dikira najis dan hendaklah dibersihkan sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Sama ada lelaki dan wanita dikira berada dalam berhadas kecil saja apabila keluar air mazi. Berbanding dengan keluar air mani, kedua-duanya perlu mandi hadas besar.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul Hukum Jika Wanita Keluar Air Mazi. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/hukum-jika-wanita-keluar-air-mazi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Hukum Jika Wanita Keluar Air Mazi"

Post a Comment

Arsip Blog