Apa yang ada dengan Gempa bumi?

Firman Allah dalam Surah An-Nahlu  45-47

فَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ   أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِي تَقَلُّبِهِمْ فَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ أَوْ يَأْخُذَهُمْ عَلَىٰ تَخَوُّفٍ فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ


 

Maksudnya : (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya? Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah. Atau Ia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya

ذكر ابن أبي الدنيا عن أنس بن مالك ـ رضي الله عنه ـ أنّه دخل على عائشة هو ورجل، فقال لها الرجل: يا أمّ المؤمنين؛ حدّثينا عن الزلزلة، فقالت: ( إذا استباحوا الزنى، وشربوا الخمور، وضربوا بالمعازف؛ غار الله ـ عزّ وجلّ ـ في سمائه، فقال للأرض: تزلزلي بهم. فإن تابوا ونزعوا، وإلا هدمها عليهم . قال: يا أمّ المؤمنين؛ أعذاباً لهم؟ قالت: ” بلى، موعظة ورحمة للمؤمنين، ونكالاً وعذاباً وسخطاً على الكافرين ). فقال أنس: ما سمعت حديثاً بعد رسول الله ـ صلّى الله عليه وسلّم ـ أنا أشدّ فرحاً منّي بهذا الحديث.

Seorang lelaki berkata kepadanya: “Wahai Ummu Mukminin; Beritahu kami tentang gempa bumi, ia berkata: (Apabila merebak perzinaan, minum minuman keras, dan memukul alat muzik; Alalh begitu murka lalu mengarahkan kepada bumi: Wahai bumi! Gempakan mereka. Jika mereka bertaubat maka  dijauhkan daripada kehancuran akibat gempa bumi, jika tidak bertaubat nescaya dimusnahkan mereka. berkata: “Wahai Ummul Mukminin; Adakah diazabkan mereka? berkata:” Ya, sebagai peringatan dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan balasan dan seksaan serta kemurkaan kepada orang-orang kafir). Anas berkata: Aku belum pernah mendengar hadis ini selepas Rasul Allah saw.  Aku begitu tertarik dengan hadis ini.

فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ))

Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata: Nabi saw: ((Tidak berlakunya kiamat sehinggai ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan sehingga melimpah ruah))

روي الترمذي في جامعه عن عمران بن حصين رضي الله عنه أن رسول الله صلى لله عليه وسلم قال: ( في هذه الأمة خسف ومسخ وقذف . فقال رجل من المسلمين : يا رسول الله ومتى ذلك ؟ قال : إذا ظهرت القينات والمعازف وشربت الخمور). وفي رواية ( إذا كثر الخبث …)

Maksudnya: (Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Seorang laki-laki dari kaum muslimin:” Wahai Rasulullah Allah bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak). Dalam riwayat lain (Apabila terlalu banyak kejahatan...)ustazcambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul Apa yang ada dengan Gempa bumi?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/apa-yang-ada-dengan-gempa-bumi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Apa yang ada dengan Gempa bumi?"

Post a Comment

Arsip Blog