Iblis
dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke
akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat
iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan
mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan
dan rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya
Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu
maut.”
Rombongan 1
Akan
datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan
minuman yang lazat-lazat.
Maka
disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya
sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan
disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari
tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah
s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan
datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan
diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular
dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut
itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan
melompat sekuat hati.
Maka
seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya
itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah
s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah
tempatnya.
Rombongan 3
Akan
datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul
maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat
kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu
berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat
dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba
(judi).
Jika
dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung
yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba
kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun
mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada
Allah s.w.t.. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah
tempatnya.
Rombongan 4
Akan
datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh
orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang
yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk
melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah
maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan
nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan
datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak
mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman,
sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan
minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil
makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai
oleh Syaitan,
berkata
dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang
kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami
dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai
dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka
dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika
itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir,
kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa
hidupnya.
Rombongan 6
Akan
datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa
banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami
menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu
sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh
bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah
rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu
datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini
kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam
keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata
ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi
dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga
yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu,
kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh
kepada kami.”
Ketika
itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke
kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam
kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi
tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang
yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila
tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka
orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang
sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata
orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai depan dan belakangnya.
Sedangkan
Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari
sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari
yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda
yang besar ini.”
Dalam
keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya,
maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di
dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia
ini.
Rombongan 7
Rombongan
Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi
72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat
Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang
benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah
bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72
macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut.
Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal
dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari
gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh
mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian
dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang
masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”..ustazcambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam /
info Kisah Benar
dengan judul Rombongan Syaitan Ketika Sakaratul Maut. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/rombongan-syaitan-ketika-sakaratul-maut.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Rombongan Syaitan Ketika Sakaratul Maut"
Post a Comment