Semasa Ramadan
"Eh Joyah, kau nak tahu tak? Semalam aku nampak tok imam pergi
mengendap rumah janda tua tu. Entah apa yang di... Eh, Astaghfirullah.
Sekarang bulan puasa lah, bulan puasa tak baik mengumpat. Tak apalah,
aku balik dulu. Dah nak berbuka, nasi pun belum ditanak lagi"
"Apa adik ni, janganlah sentuh laptop abang. Habis download tazkirah
Ramadan abang terbatal. Terpaksa abang download balik. Nasib bulan
puasa, inni so'im. Kalau tak, siaplah..."
"Ish, banyak lagi juzuk yang belum dibaca. Kena ekspres sikit ni. Sekarang dah dalam tempoh sepuluh malam terakhir Ramadan"
Selepas Ramadan
"Ya Allah Joyah, kau tahu tak semalam aku nampak siapa dengan janda
tua tu? Haa, tok imam itulah. Nampak macam anak janda tua tu sakit,
mulalah tok imam menggatal nak menolong. Dasar orang tua tak sedar diri"
"Itulah, siapa suruh sentuh laptop abang. Berapa kali dah abang cakap, tak nak dengar. Padanlah muka kena penampar dua kali.."
"Em, malas pula rasa mengaji hari ni. Baca satu muka surat sehelai
sahaja cukuplah. Lagipun dah cover baca banyak-banyak waktu Ramadan kan.
Rehatlah pula"
*****
Hebatnya POWER of Ramadan
P to the O to the W to the E to the R, POWER!
POWER bukan sebarang power, POWER ada makna di sebaliknya.
P stands for Platform.
Apabila tiba sahaja Ramadan, kebiasaannya kata-kata atau ucapan
seperti "aku mahu Ramadan kali ini lebih baik" dan "moga Ramadan kali
ini lebih terisi dengan ibadah berbanding Ramadan sebelumnya" yang
kedengaran. Tiada terdengar ada yang berharap "moga Ramadan pada tahun
ini lebih buruk".
Kerana apa? Kerana Ramadan salah satu platform untuk menjadikan diri seseorang itu ke arah menjadi yang lebih baik. Platform to be a better person! Dan kerana itu saat tiba sahaja Ramadan, kita semua mula mempersiapkan diri bersama senarai what-to-do-in-Ramadan. Pada bulan yang lain ada? Mungkin ada namun jarang dan kurang kesungguhan
.
O stands for Opportunity
Opportunity bermaksud peluang. Ramadan membuka banyak
peluang. Peluang menjadi hamba yang lebih baik dan peluang untuk
menambahkan amalan serta meraih segala fadhilat yang tersedia. Andai
sebelum ini bukanlah satu kebiasaan solat berjemaah di masjid maka pada
bulan Ramadan rajin menjejakkan kaki ke masjid untuk solat terawih.
Bukan 8 rakaat malah 20 rakaat. Tambahan, tiada satu hari yang
ketinggalan.
Ramadan juga membuka peluang untuk mengajak tadarus bersama-sama.
Ramadan membuka peluang meningkatkan lagi status ajakan terhadap
kebaikan di Facebook. Ramadan membuka peluang meraih keampunan Allah
dengan Lailatul Qadr.
W stand for Wish
Wish membawa maksud keinginan atau harapan. Pada bulan
Ramadan ini begitu ramai yang terlihat memasang keinginan dan harapan.
Harapan supaya dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya.
Harapan supaya mulut terjaga daripada umpatan dan cacian. Harapan supaya
lebih rajin mendirikan qiamullail.
Seribu satu harapan tertulis di minda.
E stands for encouragement
Bulan Ramadan bulan galakan dan dorongan. Terasa ada satu semangat
baru dalam diri terutama pada saat awal kedatangannya. Semangat begitu
berkobar-kobar agar hari-hari yang dilalui dalam bulan ini diisi dengan
pengisian yang bermanfaat. Diri terdorong untuk berazam agar hari-hari
pada bulan ini penuh dengan ibadah yang terancang.
Galakan dan dorongan untuk melakukan pembaharuan dalam diri terutama.
R stands for Reckon
Reckon membawa maksud menghitung. Self-reckoning bermakna muhasabah
diri. Menghisab dan memuhasabahkan diri sendiri. Bulan Ramadan bulan
yang sesuai dirasakan untuk lebih merenung kekhilafan dalam diri. Banyak
manakah amalan selama ini? Bagaimanakah hubungan dengan Allah?
Bagaimanakah pula akhlak terhadap manusia selama ini?
Sejauh mana bisa mengawal marah? Sejauh mana bisa mendidik hati
menjadi seorang yang pemurah memberi dan berkongsi? Sejauh mana
percakapan dihalakan kepada perkara-perkara yang positif?
Kerana itu ada yang muhasabah pada bulan Ramadan membawa kepada
keputusan untuk istiqamah menutup aurat dengan sempurna walaupun selepas
berlalunya Ramadan. Alhamdulillah.
Hebatnya Ramadan mendidik peribadi. Hebatnya Ramadan menghembus
semangat dalam diri. Hebatnya Ramadan bisa mengetuk pintu hati insani
melakukan pengislahan atau pembaikan terhadap diri. Benarlah Ramadan itu
madrasah diri, tarbiyah hati.
Namun, kita bukan mahu hanya hebat beribadah pada roh bulan Ramadan
yang hebat. Kita mahu membawa tarbiyah dari bulan Ramadan untuk tetap
dijadikan bekalan pada bulan-bulan mendatang.
Jika pada bulan Ramadan sedayanya belajar untuk tidak mengumpat maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.
Jika pada bulan Ramadan sedayanya belajar menggagahkan diri untuk
bangun malam maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.
Jika pada bulan Ramadan sedayanya cuba mengkhatamkan Al-Quran maka
begitu juga yang akan diusahakan malah lebih baik lagi bersama tadabbur.
Kita mahu Ramadan hebat begitu maka pada bulan-bulan selepasnya juga
begitu. Kita bukan mahu roh ibadah pada bulan Ramadan sahaja tetapi kita
juga mahu roh ibadah itu pada bulan-bulan selepasnya. Ibadah, kebaikan,
akhlak bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi mesti diusahakan
terlaksana hari-hari jua.
Wahai hamba, bawalah roh Ramadan itu hari-hari. Kerana kita bukan hamba Ramadan tetapi hari-hari kita merupakan hamba Ilahi!
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam
dengan judul Bawalah Roh Ramadan itu Hari-hari! . Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/bawalah-roh-ramadan-itu-hari-hari.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Bawalah Roh Ramadan itu Hari-hari! "
Post a Comment