Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di
beberapa hospital di sana , ada beberapa perkara yang menarik dapat saya
perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.
Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari
segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah
bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.Hampir 70%
perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian,
pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung
hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum
Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka?
Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak
boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat
tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat
hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini
mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan
data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan
ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan
zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan
bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si
ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah
metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang
mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya
beberapa soalan yang beliau takdapat menyelesaikanya, oleh kerana saya
memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya
bantubeliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?
Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan,
saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa
kelak”
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama
susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan
tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis
kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan
ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung
mengambil pil minyak ikan. (saya pernah kerja di farmasi dan ramai
ibu-ibu kaum cina yg amalkan pengambilan pil minyak ikan untuk
perkembangan bayi mereka). Ketika saya diundang untuk makan malam
bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah
menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar
sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak
akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging
dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh
Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan
darat. Secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya
satu +ve dan satu ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan
mengalami masalah penghadapanalin) Salad dan kacang adalah suatu
kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang
kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka,
dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian
buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan
payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan
oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahulu
sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan
mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu
baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid
dan gas, yg boleh menyebabkan angin)Di Israel, merokok adalah taboo,
apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,
dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam
merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel ,
siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak
manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok
bakal membawa generasi yg cacat otak ( atau lembab). Suatu penemuan yg
dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para
perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok
terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak
anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang
badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam
pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka
memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi
mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu
kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat
meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak
itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam
senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri
dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan
diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah
diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan
anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya
katakan 6 tahun kebelakang!! !.Segala pelajaran akan dengan mudah di
tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi
kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah,
menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat
melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan
persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya
lucu dan mengarut, tetapi diteliti dengan serius apatah lagi ianya
berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian
seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka
tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg
mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel
oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah
satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka
ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala,
banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh
umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang
Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.
Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?
Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka
yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah Berpusat di New York, Dewan
perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan
bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas,
jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari
jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg
perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck,
Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis,
Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan
perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri
dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di
New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukansemalaman, ianya memerlukan masa,
beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah
tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah
cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk
otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan
otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat
melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg
memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart
dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes
akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada
tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti di anak
tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga
sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan
anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan
sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan
segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya
lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat
nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok,
saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja
Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,
teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung anda akan segera terbau
asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan
penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat
disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan?Teknologi? Jauh sekali.
Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa
mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga
berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini
bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin
saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan
ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak
dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya
mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi,
pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5
mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan
tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.
Artikel ini dishare di e-mail saya beberapa hari lalu.