Ziarahi orang sakit satu Amalan Sangat mulia..

MANUSIA adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak kekal dan sempurna sifatnya. Satu daripada sifat tidak sempurna manusia adalah sering dilanda perasaan runsing, sakit, derita, kecewa, lemah, lesu dan rindu.

Penderitaan atau kesakitan yang dialami manusia terbahagi kepada dua iaitu penderitaan jasmani dan penderitaan batin (rohani). Penderitaan jasmani termasuk perasaan sakit, lesu, lemah, haus dan lapar, pening.

Sebahagian besar daripada penderitaan itu dapat diatasi dengan rawatan kesihatan daripada doktor dan disertakan dengan izin Allah. Orang yang berada dalam kesakitan berasa tidak senang dan khuatir, rindu serta sedih.

Kebimbangan yang biasanya melanda pesakit apabila mereka berada dalam keadaan tertanya-tanya apakah penyakit yang dihidapinya itu akan membawa maut?


Mati menimbulkan banyak lagi kekhuatiran lain antaranya mengenangkan apa nasib yang bakal terjadi kepada anak dan isteri yang ditinggalkan.


Setiap pesakit yang sekian lama terlantar di atas tempat tidur turut mengalami perasaan rindu. Mereka rindu terhadap teman sejawatnya, sanak saudara, tempat yang pernah dan sering dikunjunginya selain rindu terhadap kegemaran serta permainan ketika waktu sihatnya.

Lantaran dirundung perasaan khuatir dan rindu itu, setiap orang sakit pasti berasa sedih. Bagi mereka yang dikurniakan kesihatan tubuh badan, amalan melawat orang sakit adalah perbuatan yang amat dituntut Islam.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Berilah makanan kepada orang-orang yang lapar. Jenguklah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang tertawan.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Melawat orang sakit amat besar faedahnya. Selain daripada memberi keinsafan, daripada lawatan itu boleh mengurangkan penderitaan yang ditanggung si pesakit.

Ketika berkunjung, kita diminta berdoa kepada Allah supaya pesakit itu segera sembuh dan sihat. Berilah nasihat kepadanya supaya sentiasa bersabar dan ucapkanlah kata semangat yang disenanginya bagi menghiburkan hatinya.

Rasulullah sendiri apabila baginda berkunjung ke rumah orang sakit, baginda selalu berkata: “Tidak apa-apa. Insya-Allah sihat kembali.” Rasulullah juga menganjurkan umatnya supaya tidak berkunjung terlalu lama kerana ia boleh memberatkan si pesakit untuk berhadapan dengan kita.

Pengunjung ditegah menunjukkan air muka cemas dan putus asa, tidak mengecilkan hati dan harapan serta tidak memperkatakan berita yang boleh membebankan pesakit.

Mereka perlu meminta pesakit turut mendoakannya (pengunjung) kerana doa orang sakit termasuk yang mudah dimakbulkan Allah. SUMBER
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul Ziarahi orang sakit satu Amalan Sangat mulia... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/06/ziarahi-orang-sakit-satu-amalan-sangat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Ziarahi orang sakit satu Amalan Sangat mulia.."

Post a Comment