KUANTAN
– “Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa
saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata
Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa
kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng
dekat sini, 14 tahun lalu.
Katanya,
ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang
mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian
luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.
“Saya
disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk
pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu,” katanya
ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama
Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun
Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.
Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.
“Ternyata
ada rahmat di sebalik kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana
di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,”
kata bapa kepada empat anak ini.
Mohd
Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki
berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil
perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.
“Kehadiran
‘lelaki’ itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata
kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya ‘koma’,”
katanya.
Menurutnya,
kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil
keputusan ‘berhijrah’ sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada
usia 26 tahun.
“Selepas
memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar
daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan
nasihat bagi bina semula kekuatan.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam /
info Kisah Benar
dengan judul Kisah Insaf: Mendapat hidayah semasa ‘mati’. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/08/kisah-insaf-mendapat-hidayah-semasa-mati.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Kisah Insaf: Mendapat hidayah semasa ‘mati’"
Post a Comment