Apabila kita
membandingkan antara amalan ibadah Syiah dan amalan ibadah yang
diajarkan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, kita akan
mendapati banyak perbezaan. Demikian pula akhlak dan muamalah antara
Syiah dengan yang diajarkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
Pertama, bulan Ramadan bukan bulan istimewa
Bagi Syiah, Ramadan
bukan bulan istimewa untuk beribadah. Suasana semarak ibadah di bulan
Ramadan, tidak seramai suasana ketika Muharram atau Sya'ban. Seolah
Syiah hendak mengumumkan ke penjuru alam, bulan Ramadan adalah bulan
khusus untuk ahlus sunnah dan tidak ada yang istimewa bagi mereka.
Ramadan memang bulan untuk puasa, namun bulan untuk rajin beribadah, menurut Syiah.
Bagi Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam, Ramadan adalah bulan istimewa. Nabi
shallallahu 'alaihi wa sallam lebih rajin mendekatkan diri kepada Allah
di bulan Ramadan. Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu berkata, "Nabi
shallallahu' alaihi wa sallam adalah orang yang paling pemurah. Lebih
pemurah lagi pada saat bulan Ramadhan. Ketika Jibril menemui beliau.
Jibril menemui Rasulullah setiap malam di bulan Ramadan, dan mengajar
Rasulullah Al-Quran. "(HR. Bukhari 3554).
Kedua, wajib berbuka ketika musafir
Bagi Syiah, orang yang
melakukan musafir, puasanya batal. Ertinya, dia wajib berbuka. Lebih
ajaib lagi, hanya dengan melintasi jambatan yang memisahkan dua kawasan
sudah dianggap musafir dan wajib berbuka.
Kesaksian Dr. Thaha
Ad-Dailami dalam buku beliau Siyahah fi 'Alam Tasyayyu' (Perjalanan di
Negeri Syiah), menurut beliau, "Orang Syiah terlalu menganggap mudah
dalam memberikan keuzuran untuk berbuka. Mereka mewajibkan berbuka untuk
setiap musafir dengan jarak paling dekat. Sebagai contoh, ada pelajar
yang hendak menjalani ujian. Tokoh syiah mereka memfatwakan agar pelajar
ini melakukan musafir setiap hari ke daerah yang berhampiran, jarak
perjalanan pulang pergi dijumlahkan menjadi jarak untuk mengelar
musafir. Kemudian dia boleh tidak puasa. "
Yang lebih menyedihkan, mereka tidak memastikan apakah keuzuran itu harus diqadha ataukah gugur kewajiban.
Sementara Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah mewajibkan orang yang musafir
untuk berbuka puasa. Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu pernah ditanya,
tentang hukum puasa Ramadan ketika musafir. Jawab Anas: "Kami pernah
musafir bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ketika Ramadan,
orang yang puasa tidak mencela yang tidak puasa dan yang tidak puasa
juga tidak mencela yang puasa," (HR. Muslim 1118).
Dalam riwayat lain, Anas mengatakan, "Kami
pernah melakukan perjalanan bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.
Ada diantara kami yang puasa dan ada yang tidak puasa. "(HR. Muslim 1119).
Ketiga, tarawih adalah bid'ah
Bagi orang Syiah,
tarawih adalah bid'ah. Mereka menganggap tarawih tidak pernah dikerjakan
oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam. Menurut mereka, tarawih
adalah ajaran Umar bin Khatab radhiyallahu 'anhu. Kerana kebencian
mereka kepada Umar, mereka menolak sunah solat tarawih ini mentah-mentah
dan menuduh sesat kaum muslimin yang melaksanakan tarawih. Bahkan
mereka menyebut orang yang melakukan tarawih sama halnya menjadikan Umar
sebagai nabi. Subhaanallah, ini adalah tuduhan dusta mereka.
Keempat, berbuka setelah awan merah menghilang
Salah satu kebiasaan
Syiah adalah berbuka setelah betul-betul masuk waktu malam. Di saat awan
merah di ufuk telah menghilang dan bintang mula terbit.
Dalam kitab Wasail As-Syi'ah karya Muhammad bin Al-Hasan Al-Hur Al-Amili, dinyatakan,
Bab: waktu berbuka
adalah sampai hilangnya awan merah di ufuk timur, dan tidak boleh
sebelumnya. Di bawah tajuk bab ini, selanjutnya dia membawakan beberapa
riwayat dusta atas nama Ahlul Bait, diantaranya: "Dari Zurarah, saya
pernah bertanya kepada Abu Ja'far - alaihis salam - tentang waktu
berbuka bagi orang yang puasa? Beliau menjawab: 'Ketika telah terbit 3
bintang.', "
Abu Ja'far: cucu Husain
bin Ali bin Abi Talib. Beliau bergelar Al-Baqir. Salah satu ulama ahlus
sunah yang pemuja Syiah. Dan satu kedustaan, beliau memfatwakan
demikian.
Al-Hur Al-Amili memberi
komen, "Ini difahami bahawa orang yang tidak mengetahui arah timur,
sehingga dia tidak tahu hilangnya awan merah kecuali setelah terbit
bintang, sebagaimana penjelasan dalam waktu-waktu solat atau dianjurkan
untuk mendahulukan solat (maghrib) dari pada berbuka. Sehingga setelah
itu terbit 3 bintang. Demikian yang dijelaskan ulama mutaakhirin
(Syiah), "[Wasail As-Syiah, hlm. 124 - 125].
Jika kita perhatikan,
apa yang dipraktikkan oleh Syiah dalam kebiasaan berbuka ini, sama
seperti kebiasaan orang Yahudi dan Nasrani. Dalam hadis dari Abu
Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam
bersabda, "Agama Islam akan senantiasa menang, selama masyarakat (Islam)
menyegerakan berbuka. Kerana orang yahudi dan nasrani mengakhirkan
waktu berbuka. "(HR. Ahmad 9810, Abu Daud 2353, Ibn Hibban 3509 dan statusnya hadia hasan).
Dalam riwayat lain, itu
disebabkan orang Yahudi suka mengakhirkan waktu maghrib sehingga terbit
bintang. Kerana itulah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang
sengaja menunda solat maghrib hingga terbit bintang, "Umatku akan senantiasa berada di atas fitrah, selama tidak menunda waktu maghrib sampai bintang-bintang mula terbit." (HR. Ahmad 15717, Ibn Majah 689, dan statusnya Hasan).
Kebiasaan berbuka puasa
orang Syiah ini berbeza dengan apa yang diajarkan Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam. Beliau menganjurkan kepada umat Islam untuk
menyegerakan untuk berbuka. Segera berbuka sejak bulatan matahari sudah
tenggelam, walaupun awan merah masih merekah di ufuk barat.
Kelima, hubungan intim ketika puasa
Yang tidak akan
dilupakan ketika membahas tentang Syiah, masalah ranjang dan kemaluan.
Untuk mencari fatwa unik mereka tentang itu, sangat mudah dan sangat
banyak. Dari mulai nikah mut'ah, mengahwini binatang, homo, hingga
menjadikan isteri orang sebagai gundik mut'ah. Jika anda membaca fatwa
tokoh-tokoh mereka tentang masalah seks, anda mungkin akan
berkesimpulan, sebahagian besar penduduk Iran adalah anak zina kerana
merebaknya zina 'halal' (mut'ah) di Iran.
Tidak terkecuali seks
ketika Ramadan. Mereka memberi kelonggaran sangat luas bagi umat Syiah
untuk memuaskan dirinya dengan mukadimah hubungan kelamin. Boleh secara
sengaja melakukan pemanasan, selama tidak sengaja melakukan hubungan.
Dalam kitab Minhaj
As-Shalihin, karya Al-Khou'i, dia menjelaskan, "Tidak batal puasa
seseorang yang melakukan kemesraan, kemudian secara tidak sengaja zakar
masuk ke salah satu lubang (qubul atau dubur). Jika sengaja jimak, namun
ragu apakah tadi sudah masuk semua atau ragu berapa yang sudah masuk
dari hasyafah, maka puasanya batal, namun dia tidak wajib membayar
kaffarah, "(Minhaj As-Shalihin, 1/263).
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Syurga Ada Pasar?
dengan judul Puasa Syiah VS Puasa orang Islam. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2013/08/puasa-syiah-vs-puasa-orang-islam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Puasa Syiah VS Puasa orang Islam"
Post a Comment