Hukum Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat


Assalamualaikum wr.wb. Smg keberkatan selalul kami sampaikan untuk para Ustaz.

Apakah hukum solat Jumaat apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat ? apakah hukumnya apabila solat Jumaat pada hari raya Ied dengan jumlah jama'ah 10 orang , apakah sah solat Jumaat kita ?

Mohon pencerahanya .

Assalamu alaikum wr.wb.

Jumhur ulama menegaskan bahawa solat Hied ( hari raya ) tidak boleh menggantikan solat Jumaat . Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah , Imam Malik , dan Imam Syafii , serta kalangan Zhahiri . Hanya saja Imam Syafie memberikan kelonggaran kepada mereka yang telah melakukan solat ied yang tinggal di pelosok ( tempat yang jauh ) untuk tidak menghadiri solat Jumaat .

Adapun Imam Ahmad berpandangan bahawa kewajipan solat Jumaat menjadi gugur atas mereka yang telah melaksanakan solat hari raya kecuali bagi Imam ketika ada jamaah ingin melaksanakannya agar masjid tidak kosong dari solat Jumaat .

Pandangan jumhur di atas yang mengatakan bahawa solat ied tidak boleh digantikan oleh solat ied didasarkan pada dalil Al-Quran pada surat al - Jumuah yang secara umum mewajibkan pelaksanaan Jumaat tanpa dan lsejumlah dalil lain yang melarang untuk meninggalkannya tanpa udzur . Bahkan pada masa Rasulullah saw pernah ied jatuh pada hari Jumaat , dan Rasulullah saw melaksanakan keduanya bersama sahabat tanpa menyebutkan rukhsah ( kelonggaran ) untuk meninggalkannya . Ini seperti yang disebutkan dalam hadis sahih dari Nu'man ibn Basyir bahawa Rasulullah saw pada shalat ied dan jumat membaca surat al - A'la dan al - Ghasyiyah dan ketika hari ied jatuh pada hari Jumaat beliau juga membaca keduanya pada kedua solat tersebut ( HR muslim ) .

Mereka berpandangan bahawa solat Jumaat Jumaat hukumnya wajib sehingga tidak boleh ditinggalkan kecuali dengan dalil yang sahih . sementara sejumlah riwayat yang membolehkan untuk meninggalkannya ketika berkumpul dengan hari raya tidak boleh dijadikan dalil . Hal itu kerana riwayatnya lemah atau isinya tidak secara jelas menegaskan bahawa solat Jumaat boleh ditinggalkan apabila jatuh pada hari ied .

Demikian pandangan sejumlah ulama .
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Informasi / info Islam / Tahukah Anda dengan judul Hukum Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2013/12/hukum-solat-hari-raya-pada-hari-jumaat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Hukum Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat"

Post a Comment