Adakah kita pernah terfikir dan sedar kita bermulut celupar? Sedarkah kita apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan kita dipinggirkan kerana kita suka bercakap ‘lepas’? Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.
Pertama,
Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara
yang tidak sepatutnya. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan
bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik
atau diam.”
Kedua,
Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah.
Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan
diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang
dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit
berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama
kita.
Menurut
sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak
bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak
bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan
orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras
hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua
kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah
diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.
Kedua-dua
kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil
azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’
dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain
itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah
wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan
oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga,
Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan
lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri
tidak ketahui akan kesahihannya.
Istighfar
bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar
sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan
‘perasaan menyesal’ di dalam hati. Rasulullah dalam amalan hariannya
selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam
lidahnya.
P--
Gunakan lidah anda dengan sebaiknya.. Jangan kerana mulut badan
binasa.. Siapa tahu, suatu hari nanti orang yang anda syok umpatkan tu
datang dan membelasah anda.. Badan anda juga yang binasa.. Bercakap
apabila perlu dan jauhi segala perkataan-perkataan kesat dan langsung
tidak membawa manfaat kepada anda.. Banyakkan istighfar.....UstazCambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam
dengan judul Cara Mengubati Mulut Celupar Mengikut Rasulullah. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/07/cara-mengubati-mulut-celupar-mengikut.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Cara Mengubati Mulut Celupar Mengikut Rasulullah"
Post a Comment