Hukum Berpuasa Niat Untuk Kuruskan Badan


Soalan
Bolehkah saya berpuasa sunat dengan tujuan untuk menjaga berat badan?

Jawapan
Puasa adalah ibadah, maka hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kepada Allah. Ada pun tujuan untuk menjaga berat badan, maka ia dibolehkan asalkan tujuan tersebut tidak menjadi tujuan yang utama. Tujuan utama hendaklah tetap ikhlas beribadah kerana Allah. Ini sebagaimana firman Allah yang membolehkan orang yang pergi menunaikan haji melakukan jual-beli. Asalkan tujuan utama dia pergi menunaikan haji ialah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk berjual-beli:

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). [ Surah al-Baqarah 2:198]

Namun yang lebih baik ialah tidak perlu memikirkan tujuan-tujuan lain dalam rangka melakukan sesuatu ibadah. Ini kerana semua ibadah yang disyari‘atkan oleh Allah memiliki pelbagai manfaat di sebaliknya. Ibadah puasa umpamanya, ia bukan sahaja bermanfaat dari sudut menjaga berat badan tetapi juga bermanfaat dari sudut merehatkan sistem pencernaan perut, menjaga kesihatan, mengawal nafsu, menjimatkan ekonomi dan pelbagai lagi.


Ulasan Admin : Apabila seseorang berpuasa ikhlas kepada Allah, dia mendapat pahala dan sekali gus meraih semua manfaat yang terkandung dalam ibadah puasa tersebut, tak kira sama ada dia menyedarinya atau tidak.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul Hukum Berpuasa Niat Untuk Kuruskan Badan . Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/08/hukum-berpuasa-niat-untuk-kuruskan-badan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Hukum Berpuasa Niat Untuk Kuruskan Badan "

Post a Comment

Arsip Blog