Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Solat Sunat Nikah


Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Solat Sunat Nikah
Soalan
JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai?

Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?
HAMIMAH,
Johor

Jawapan
Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.

Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah).
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Solat Sunat Nikah. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/08/waktu-yang-sesuai-untuk-melakukan-solat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Solat Sunat Nikah"

Post a Comment

Arsip Blog