Kata Orang: Ikat Buah Zakar Kiri Dapat Anak Lelaki..


Soalan
SAYA pernah terbaca artikel Sakit Tuan mengatakan bahawa potensi bagaimana untuk mendapatkan anak lelaki dan perempuan. Saya masih ingat artikel terbabit mengatakan, jika wanita klimaks terlebih dulu, potensi untuk dapat anak lelaki adalah cerah dan jika sebaliknya, berpotensi mendapat anak perempuan. Adakah ia benar?

UDIN
Sri Kembangan, Selangor

Jawapan

Anak adalah anugerah Tuhan kepada kita. Kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukannya. Sejak zaman silam pelbagai cara dilakukan manusia untuk menentukan jantina janin sebelum dilahirkan dan semuanya tidak membuahkan hasil.

Kaedah seperti mengikat buah zakar kiri untuk dapat anak lelaki dan ikat buah zakar kanan untuk dapat anak perempuan yang kesudahannya membawa risiko kesihatan yang serius pernah juga pernah dicuba manusia.

Malah, cara dan gaya ketika bersetubuh dengan mengikut masa dan tarikh tertentu yang kononnya dapat mempengaruhi jantina anak juga dicuba orang Cina dan India dan pasangan yang inginkan jantina anak tertentu.

Kesudahannya, apa yang diinginkan masih tidak berhasil. Sejak kebelakangan ini ada beberapa kaedah moden yang lebih berkesan seperti mengasing sperma Y (yang menghasilkan anak lelaki) daripada sperma X (yang menghasilkan anak perempuan) dan melakukan percantuman dalaman (melalui proses IUI atau penyuntikan sperma ke dalam rahim) atau di luar (melalui bayi tabung) yang mana kedua-duanya memerlukan kos tinggi.

Daripada pandangan etika perubatan, apa-apa kaedah perubatan untuk mempengaruhi imbangan jantina manusia dalam dunia diharamkan kerana khuatir akan memberi kesan negatif kepada taburan penduduk yang tak seimbang.

Kaedah penentuan jantina hanya diharuskan jika ia untuk tujuan kebaikan seperti mengelakkan jantina janin tertentu kerana khuatir janin yang berjantina berkenaan akan mengalami masalah kesihatan serius.

Dalam kata lain, jika anak yang dilahirkan itu lelaki dan berisiko hidup dalam keadaan sengsara, tetapi pasangan malang itu mahukan anak, usaha akan dilakukan untuk mereka mendapatkan anak perempuan.

Mengenai artikel yang anda baca itu, mungkin saya yang menulisnya. Namun apa yang saya ketengahkan itu bukan daripada saya, ia maklumat daripada beberapa pakar terdahulu yang pernah meninjau cara penentuan jantina anak sebelum kelahiran anak, yang mendapati kononnya jika perempuan itu klimaks ketika bersetubuh, kemungkinan mendapat anak lelaki itu tinggi.

Itupun jika telur wanita itu keluar dalam masa 24 jam dan cecair faraj kurang asid (yang akan berlaku ketika wanita itu klimaks). Pada pandangan saya, bersyukurlah dengan apa saja yang dianugerah Tuhan sama ada anak lelaki atau perempuan kerana Dia maha mengetahui segala-galanya
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Informasi / info Pelik dengan judul Kata Orang: Ikat Buah Zakar Kiri Dapat Anak Lelaki... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/06/kata-orang-ikat-buah-zakar-kiri-dapat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Kata Orang: Ikat Buah Zakar Kiri Dapat Anak Lelaki.."

Post a Comment

Arsip Blog