Gambar Lelaki Yang Berani Tampar Muka Menteri...


NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.
Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.
Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.
Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.
“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.
Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.
Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.
Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.
Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.
Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.
“Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu. – Agensi
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Ajaib / info Dunia / info Pelik / info Politik dengan judul Gambar Lelaki Yang Berani Tampar Muka Menteri.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/06/gambar-lelaki-yang-berani-tampar-muka.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Gambar Lelaki Yang Berani Tampar Muka Menteri..."

Post a Comment

Arsip Blog