Suara Alunkan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko..

video, gambar, foto, al-quran, alunan, bacaan, suara tua, merdu, sedap, firman, perintah, manfaat, orang, manusia, lagu, disko, kelab malam, lelaki tua, bising, bunyi, pub, sepanjang jalan, tidak menghiraukan, mengaji, menarik perhatian, jalan, lubnan, masjid, surau, mencacah tatu, tempat, kawasan, tujuan, suci, jiwa manusia, menyeru, hina, didik, mulia, bersih, fasik, rugi
Firman Allah yang bermaksud ;

“Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran” Al-Qamar, ayat 17.

Demikian firman yang diturunkan oleh Allah S.W.T mengenai senaskhah Al-Quran untuk diperlajari dan dibaca oleh semua hambanya ketika masih hidup di muka bumi ini.

Setiap ayat yang terkandung dalam Al-Quran mengandungi seribu satu manfaat kepada manusia.

Di sebuah jalan di tengah kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki tua yang hanya duduk di sisi jalan begitu asyik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun keadaan di sekelilingnya bising dengan bunyi lagu-lagu dari pub dan disko di sepanjang jalan Hamra.

Lelaki tua itu langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalalng di situ dan hanya tetap dengan mengaji sahaja.

Malah, perbuatannya itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di sepanjang jalan Hamra.

Jalan Hamra adalah salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan.

Namun begitu, jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar Lubnan.

Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat.

Tujuan Al-Quran diturunkan adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan.

Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah S.W.T. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan.
“Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”Al-Syams, ayat 7-10   SUMBER
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Ajaib / info Islam dengan judul Suara Alunkan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/06/suara-alunkan-al-quran-hilangkan-lagu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Suara Alunkan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko.."

Post a Comment

Arsip Blog