Kelebihan Sesiapa Yang Membaca Surah Al-Kahfi...

Setiap surah dalam al-Quran mempunyai kisah tersendiri dan ada kelebihan yang Allah berikan kepada hambaNya yang sentiasa membacanya. Seperti mana yang kita tahu, aAl-Quran adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca al-Quran diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, di antara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.
Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :

Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898)

Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jumaat. ( H.R Hakim didalam Mustadrak)

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.
Ini sebahagian hadith yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi. Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnahRasulullah SAW ini. Setiap ganjaran yang Allah berikan, mempunyai kebaikan yang boleh menjadikan ia sebagai satu bekalan di akhirat nanti.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam dengan judul Kelebihan Sesiapa Yang Membaca Surah Al-Kahfi.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://islam4online.blogspot.com/2012/06/kelebihan-sesiapa-yang-membaca-surah-al.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Kelebihan Sesiapa Yang Membaca Surah Al-Kahfi..."

Post a Comment

Arsip Blog