Dari Abu Sa'id Al Khudri
bahawa Rasulullah SAW bersabda, Abu Bakar dan Umar adalah dua orang
pemimpin golongan pertengahan umur penghuni surga, dari orang orang yang
terdahulu dan yang datang kemudian. "
Dari Abu Said Al Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hasan dan Husain adalah dua pemimpin pemuda penghuni syurga."
Pemimpin yang benar
adalah yang memuji Tuhannya dan bersaksi kepadaNya. Sedangkan, pemimpin
perempuan yang mulia adalah yang redha dengan TuhanNya dan menerimaNya
dengan baik. Perempuan yang paling utama adalah mereka yang menghuni
syurga na'im kerana para perempuan penghuni syurga tetap lebih utama.
Adapun para pemimpin perempuan penghuni syurga adalah Khadijah, Fatimah,
Maryam, dan Asiah.
Dalam Musnad karya
Ahmad, Musykilul Atsar karya Ath Thahawiy, dan Mustadrak karya Hakim,
disebutkan dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah
SAW menggaris di atas tanah dengan empat garis, kemudian bersabda, "Tahukah
kalian apa ini." Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih
mengetahui." Kemudian, beliau bersabda lagi, "Perempuan penghuni syurga
yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti
Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun."
Maryam dan Khadijah adalah yang lebih utama di antara mereka. Dalam Shahih Bukhari dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik baik perempuan adalah Maryam dan sebaik baik perempuan adalah Khadijah.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Islam /
Pemimpin Dunia Hingga Syurga
dengan judul Pemimpin Dunia Hingga Syurga. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2013/05/pemimpin-dunia-hingga-syurga.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Pemimpin Dunia Hingga Syurga"
Post a Comment