Jika Cinta Nabi Muhammad, Shalawatlah



Anas Ra bercerita, “ Rasulullah SAW bersabda :
“Perbanyaklah shalawat kepadaku pada siang dan malam hari Jum’at, barang siapa bershalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bershalawat sepuluh kali lipat kepadanya ” (Hr Al Baihaqi, telah di hasankan oleh Syeikh Al Albani)
Juga didasarkan pada hadits Aus bin Aus Ra, dia bercerita: Rasulullah SAW bersabda :

سنن أبي داوود ٨٨٣: حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ جَابِرٍ عَنْ أَبِي الْأَشْعَثِ الصَّنْعَانِيِّ عَنْ أَوْسِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فِيهِ خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ قُبِضَ وَفِيهِ النَّفْخَةُ وَفِيهِ الصَّعْقَةُ فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فِيهِ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ تُعْرَضُ صَلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرِمْتَ يَقُولُونَ بَلِيتَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ

Sunan Abu Daud  : ” Telah menceritakan kepada kami Harun bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Husain bin Ali dari Abdurrahman bin Yazid bin Jabir dari Abu Al Asy’Ats Tsauri Ash Shan’ani dari Aus bin Aus dia berkata;
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama adalah hari Jum’at, pada hari itu Adam di ciptakan, pada hari itu beliau wafat, pada hari itu juga ditiup (sangkakala) dan pada hari itu juga mereka pingsan. Maka perbanyaklah shalawat kepadaku -karena- shalawat kalian akan disampaikan kepadaku.”
Aus bin Aus berkata; para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah Shalallahu, bagaimana mungkin shalawat kami bisa disampaikan kepadamu, sementara anda telah tiada (meninggal)? -atau mereka berkata; “Telah hancur (menjadi tulang)”
Beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR Abu Dawud,) Sumber

Apakah Di Syurga Ada Pasar?



Di Surga terdapat pasar pasar orang mukmin berkumpul setiap hari Jumat. Di sana, mereka berkumpul dan saling mengingat dunia. Mereka memuji Allah SWT karena Dia telah memasukkan mereka ke Surga. Kenikmatan dan anugerah Allah SWT yang telah mereka terima sungguh sangat besar.
صحيح مسلم ٥٠٦١: حَدَّثَنَا أَبُو عُثْمَانَ سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الْجَبَّارِ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالًا فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدْ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالًا فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالًا فَيَقُولُونَ وَأَنْتُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالًا
Diceritakan dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah SAW bersabda , “Di Surga terdapat pasar. Orang orang akan mendatanginya setiap hari Jumat, lalu angin utara bertiup sepoi sepoi meniupkan perfume misik ke wajah dan pakaian mereka sehingga menambah keindahan dan ketampanan mereka. Lalu, mereka pun pulang kepada isteri-isteri mereka, sedangkan mereka telah makin indah dan makin tampan. Para isteri mereka pun berkata, “ Demi Allah, engkau makin indah dan makin tampan.” (HR Muslim)
Diceritakan dari Abu Said Al Musayyab bahwa ia bertemu dengan Abu Hurairah, lalu Abu Hurairah berkata, “Aku memohon kepada Allah agar Allah berkenan mengumpulkan kita di pasar Surga.” Lalu , Abu Said bertanya,” Apakah di surga ada pasar? Abu Hurairah menjawab, “Ya” Lalu, beliau membacakan hadits yang di antaranya ada kalimat, “ Lalu, ia mendatangi pasar dengan disertai kemudahan oleh malaikat. Di sana akan didapati sesuatu yang tidak pernah terlintas di hati manusia. Di sana ia mendapatkan apa yang ia inginkan. Di sana tidak ada yang dibeli, juga tak ada yang dijual. Di pasar itulah , para ahli surga bertemu satu dengan yang lainnya. Maka, bertemulah mereka yang mendapatkan posisi tinggi dengan mereka yang mendapatkan posisi dibawahnya, bahkan yang lebih bawah lagi, yang tampak perbedaan itu dari pakaiannya. Di surga mereka tidak mempersoalkan pakaian tersebut, kecuali yang tampak oleh mereka adalah keindahannya sebab di surga tidak akan ditemukan kesedihan” (HR Tirmidzi)

Sumber

Tips Mudah Panjangkan Umur

Image
Rahsia panjang umur (Kuliah Maghrib – 9.1.13)

Penceramah : Ustaz Firdaus Saad

Bismillah

Umur adalah sesuatu yg telah ditetapkan, cuma tidak tahu berapa lama usia umur itu.

Hadis : umur umat muhammad hanya antara 60-70 tahun
1/3 masa dihabiskan utk tidur – lebih kurang 20 tahun
Lalai – lebih kurang 20 tahun

Bila mendoakan seseorang panjang umur, sertakan sekali dgn keberkatan. – semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Suatu ketika seorang perempuan datang bertemu nabi membawa anak saudaranya. Nabi mendoakan anak saudaranya agar mendapat keberkatan.
Hadis : barangsiapa yg suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia hubungkan tali silaturrahimnya.

Yang dimaksudkan dipanjangkaumurnya :
1 – Ada pendapat : hidup 20 tahun, keberkatan 40 tahun = 60 tahun
2 – Allah betul2 pjgkan umurnya, disebabkan permintaannya atau sebab2 yg lain atas kehendak Allah.
3 – disebut2, dipuji2 namanya selepas dia meninggal – seoalah2 dia masih hidup di kalangan masyarakat
Adakah boleh utk kita doa minta panjang umur? Boleh… Menurut nabi, tidak ada apa yg boleh mengubah takdir melainkan doa. Antara sahabat yg dipanjangkan umur ialah Anas bin Malik.

Doa Nabi kepada Anas ;

- Byk rezeki
- Panjang umur
- Ramai zuriat

Ini menunjukkan mmg boleh doa utk pjg umur.

Rahsia pertama : silaturrahim – eratkan hubungan kekeluargaan, sesama islam. Sayangnya ramai yg lebih menziarah kawan2 berbanding keluarga.
Amalkan ziarah, saling mengunjungi saudara.

Rahsia kedua : berakhlak mulia – Muka ceria, memberi bantuan tanpa diminta (sebaik2 org ialah org yg berguna kpd orang lain). Abu bakar as siddiq mengikuti sunnah nabi, selalu membantu nabi, salah satunya ialah memerah susu. 

Ketika dilantik menjadi khalifah, org yg selalu dibantu abu bakar, menyangka abu bakar tidak akan membantu mereka lg. tetapi tidak, abu bakar tetap teruskan kerjanya memerah susu itu, sekalipun telah dilantik menjadi khalifah. Jaga diri kita dari mengganggu org lain, menyakiti org lain, bukan hanya dengan perkataan, tetapi dgn sikap.

Seorang mukmin yg berakhlak mulia akan mencapai darjat seperti org2 yg berpuasa dan solat malam.

Rahsia ketiga : memuliakan jiran tetangga. Hadis : jibril sentiasa dtg kepadaku memberi wasiat agar selalu berbuat baik kpd jiran. Hadis : siapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirAt maka hendaklah dia memuliakan jiran, x menyakiti hati, xganggu mereka.

Ada beberapa amalan yg boleh memanjangkan umur ;

1) solat. Solat di masjidil haram dan masjid nabi. Solat di masjidil haram 100000 ganda kebaikan berbandin solat di tempat lain. Solat di masjid nabawai, 1000 kali ganda. Jaga solat2 sunat rawatib

Jika nak capai 200000 rakaat solat sunat perlu solat selama 46 tahun (1 hari 12 rakaat). Ambil peluang ketika berada di masjidil haram utk solat sunat. 10 rakaat, ibarat 1,000,000 rakaat di tempat lain – 230 tahun!

Jaga solat jemaah di masjid. Solat bersama imam di masjid, lebih afdhal 25 atau 27 ganda berbanding solat sendirian.

Org yg solat sendirian selama 25 atau 27 tahun, bersamaan dgn solat setahun bersama imam di masjid. Seorang perempuan dtg bertemu nabi, bgtau dia suka solat dgn nabi. Nabi ckp, solat kamu lebih baik di bilik kamu, lebih tersembunyi, lebih tersorok.

Lakukan juga solat sunat di rumah. Hadis : jgn jadikan rumah kamu seperti kubur, solat,ah di rumah kamu (solat sunat).

Hadis : solat sunat sesorang di rumahnya, xda sorg pun yg nampak, 25 ganda berbamding solat sunat di masjid.

Sediakan tempat yg khas utk solat sunat di rumah.

Rahsia keempat : jaga adab2 solat jumaat. Hadis : siapa yg memandikan dan mandi, kemudian bersegera ke masjid dan dia berjalan, dan duduk berhampiran dgn imam, mendengar suara khatib. Setiap amalan, satu langkah ke masjid, dihitung amaln satu tahun puasanya dan berdiri di malam hari.

Sentiasa menjaga solat sunat dhuha. Kita ada 360 sendiri, yg mana kita perlu memberi sedekah kpd sendi2 ini, iaitu dgn mengeluarkan kata2 yg baik, memberi pertolongan kpd org yg memerlukan juga sedekah, bg minum org lain, membuang halangan di tgh jalan, dll.

Setiap org yg bangun pagi, wajib utk menutup setiap sendinya dgn sedekah – digalakkan bertasbih, tahmid, takbir, tahlil, etc… Tp cukup dgn solat sunat dhuha, sudah mencukupi utk membayar sedekah kpd sendi2.

Haji dan umrah juga memanjangkan umur.

Isteri yg mudahkan perjalanan suaminya, membantu suaminya, akan dpt pahala yg sama seperti suaminya.

Solat ishraq – selepas solat subuh, duduk berzikir, sehingga matahari terbit, kemudian solat sunat 2 rakaat, seperti org yg melakukan haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.

Hadirkan diri ke majlis2 ilmu di masjid. Hadis : siapa yg dtg ke masjid utk belajar sesuatu yg baik atau mengajar, maka dia mendapat pahala seperti sempurna hajinya.

Umrah di bulan ramadhan, pahalanya sama dgn haji bersama Rasulullah.

Solat di masjid kuba’. Hadis – siapa yg berwuduk di rumahnya dan kemudian ke masjid kuba utk solat didalamnya,

Jadilah org yg mengucakpkan azan. Jawab azan, dpt pahala seperti org yg azan.

Penuhi saf hadapan.
Wallahu’alam

Pemimpin Dunia Hingga Syurga

 
Dari Abu Sa'id Al Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda, Abu Bakar dan Umar adalah dua orang pemimpin golongan pertengahan umur penghuni surga, dari orang orang yang terdahulu dan yang datang kemudian. "

Dari Abu Said Al Khudri ra bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hasan dan Husain adalah dua pemimpin pemuda penghuni syurga."

Pemimpin yang benar adalah yang memuji Tuhannya dan bersaksi kepadaNya. Sedangkan, pemimpin perempuan yang mulia adalah yang redha dengan TuhanNya dan menerimaNya dengan baik. Perempuan yang paling utama adalah mereka yang menghuni syurga na'im kerana para perempuan penghuni syurga tetap lebih utama. Adapun para pemimpin perempuan penghuni syurga adalah Khadijah, Fatimah, Maryam, dan Asiah.

Dalam Musnad karya Ahmad, Musykilul Atsar karya Ath Thahawiy, dan Mustadrak karya Hakim, disebutkan dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah SAW menggaris di atas tanah dengan empat garis, kemudian bersabda, "Tahukah kalian apa ini." Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Kemudian, beliau bersabda lagi, "Perempuan penghuni syurga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah binti Muzahim, isteri Firaun."

Maryam dan Khadijah adalah yang lebih utama di antara mereka. Dalam Shahih Bukhari dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik baik perempuan adalah Maryam dan sebaik baik perempuan adalah Khadijah.
 

Tips pergi kemboja lebih murah

Assalamualailkum.

Minta maaf banyak banyak saudara sekalian, lama saya tidak update post dalam blog ini, berapa bulan ini agak sibuk dengan mata belajaran, tambah pula banyak aktivity ke luar negera.
Group kami dari Uitm banyak melakukan aktivity kemasyarakatan di luar negera, berapa bulan ini kami telah pergi indonesia, thailand, dan kemboja, alhamdulillah dengan izin allah semua telah berjalan lancar seperti yang kami rancangkan.
Beliau sedang menjadi Tour Gide untuk group kami
Beliau sedang menjadi Tour Gide untuk group kami
Tips Melancong Harga Murah:
Selepas saya pergi berapa buah negera, dan saya boleh bertemu ramai rakyat malaysia disana, ada yang pergi melalui Agensi berdaftar, ada yang pergi sendiri, ada yang pergi melalui kenalan disana, ada yang pergi melalui individu, berdasarkan pengalaman saya, dan juga apa yang saya lihat saya boleh ringkaskan seperti berikut:
Kalau Nak Pergi melancong Anda Ada 3 Pilihan:
1-     Melalui Agensi Berdaftar. { Syarikat Pelancongan }
2-     Melalui Individu Disana.
3-     Pergi Sendiri.
Pertama: Melaui Agensi anda lebih selamat, ada insuran dll. Tapi harga agak mahal.
Kedua : melalui individu disana, anda akan selamat juga jika individu tersebut orang yang amanah boleh dipercayai, tapi insuran tidak ada.
Ketiga: pergi sendiri ia lebih murah, tapi keselamatan tak terjamin, kerana darisegi bahasa, makanan, tempat tinggal yang mana lebih selamat, yang mana kurang selamat, Dll.
Beliau bawa Group kami ke tempat Shopping di Central Market
Beliau bawa Group kami ke tempat Shopping di Central Market
KESIMPULAN:
Contoh perbandingan harga seperti berikut:
1-     Melalui Agensi: 3H 2M Phnom penh { harga lebih kurang RM700 tanpa tiket }
2-     Melalui Individu: --- { harga lebih kurang RM 390 tanpa Tiket }
3-     Pergi sendiri: ---------{ harga lebih kurang RM 250 tanpa tiket }
Jadi itulah harga lebih kurang yang anda akan dapat lihat, oleh itu terpulang pada anda yang ingin / berminat nak pergi melancong.
Sekadar Berkongsi:
Sekiranya anda berminat nak pergi melancong di Cambodia saya syorkan anda pergi melalui Ustaz Yahya Cambodia, beliau Individu yang sedang menguruskan pakej pelancongan di kemboja, layanan beliau pada Group kami alhamdulillah terbaik, kita lebih bebas kerana 100% kehendak kita akan diikuti, jadi melancong melalui beliau kita boleh dikatakan Boss besar. Dan yang paling penting anda boleh tawar menawar harga dengan beliau, dan beliau tak perlukan duit deposit dari kita. Sampai disana baru kita buat pembayaran. ANDA BOLEH HUBUNGI BELIAU DI:

Call: +855 17 889 234  atau  +855 96 3508 058  Email: ustazcambodia@gmail.com
Untuk lebih mudah anda boleh buat seperti saya, iaitu hubungi beliau melalui Facebook Page beliau di https://www.facebook.com/UstazYahyaCambodia beliau akan balas secepat mungkin, beliau sangat Fasih bahasa melayu.

Selogan Iklan Beliau { Lebih Mudah, Lebih Murah, dan Lebih Islamic }
Unknown

Kita Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari


Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.


Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.


Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!

Tahukah Anda Ketika marah ribuan sel otak mati ?

Anda termasuk orang yang pemarah? Berwaspadalah! Dalam satu kajian oleh ahli psikologi menyatakan ketika marah boleh menyebabkan saraf otak terganggu kerana apabila seseorang naik marah, sekurang-kurangnya 500 sel syarat otak akan mati.

"Jadi sangat istimewa seseorang yang boleh menahan diri," kata Ustaz Kuncoro 

Ustaz Kuncoro berpendapat jika dalam satu hari seseorang marah sering marah, maka beribu-ribu sel otaknya akan mati. Selain itu, Ustaz Kuncoro menyebut tenaga yang diperlukan apabila seseorang marah lebih besar berbanding ketika berjalan.

"Maka tidak hairan orang yang sedang marah-marah membuat nafasnya tersengal-sengal," ujar Ustaz Kuncoro.
Sumber republika.co.id

Hakikat Ilmu bercambah iman

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Suatu hari ketika seorang hamba membuka sebuah buku yang membincangkan tentang keimanan, tanpa disengaja tajuk tentang taubat menjadi pilihan. Hatinya bekerja keras untuk menghayati setiap perkataan yang dibaca dan akal berfikir tentang kebenarannya. Akhirnya dia berkata: “Alangkah, jauhnya penyelewengan yang aku lakukan setelah Allah Taala memberi petunjuk suatu masa dahulu.” Tetapi dalam penyesalan itu ada satu kesyukuran yang terbit daripada hidayah Allah, betapa beruntungnya dia mendapat kembali hakikat ilmu yang telah lama hilang daripada jiwa. Memang benarlah perkataan sebahagian ahli makrifah iaitu ketika seseorang berdosa janganlah pula berputus asa tetapi bersyukurlah kerana daripada dosa itu lahir juga penyesalan dan taubat. Kerana dosa juga manusia boleh dekat dengan Allah Taala, dosa itu akan membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri dihadapan Allah lalu dia sentiasa berhati-hati dengan segala perbuatannya. Berbanding dengan seseorang yang merasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa merasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Tuhan akibat kesombongan yang melampau atas nama ilmu dan amal.

Setelah mengalami peristiwa seperti itu, barulah kita sedar betapa kita perlukan ilmu yang membawa kita kepada kefahaman dan penghayatan yang sempurna tentang diri kita, tentang Tuhan dan tabiat dunia fana ini. Hakikat ilmu itu datang dan pergi sehingga Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabat baginda dengan satu perumpamaan, ikatlah ilmu itu kerana ia cepat hilang berbanding unta yang terikat. Maknanya setiap insan mesti menyediakan masa untuk hati dan akalnya berinteraksi dengan ilmu. Sesiapapun yang meninggalkan ilmu dalam masa satu hari saja boleh jadi ia akan mengalami gejala kelalaian hingga kesesatan apabila hal ini berlanjutan sekian lama. Matlamat manusia mencari ilmu ialah untuk mencapai satu keyakinan tentang kebenaran, setelah yakin barulah timbul penghayatan yang membawa kepada ketundukan jiwa.

Ramai orang yang berkata “Tak payah bacalah sebab kami sudah membaca dan mengetahui ilmu ini.” Memang benar kita sudah faham dan tahu tentang hal itu tetapi apakah kita telah mencapai penghayatan yang sempurna, apakah boleh dipastikan ilmu itu sentiasa melekat di hati dan memacu diri kita untuk sentiasa merapati Allah Taala 

Seseorang pasti memahami perbezaan dirinya ketika dia sedang minat membaca atau ketika suka membuang masa. Tentu berbeza keadaan jiwa dan perasaan orang yang suka menelaah, mengkaji dan membahas tentang ilmu dengan orang yang suka termenung mendengar hiburan. 

Mungkin kita perlukan pendedahan tajuk yang sama pada masa-masa tertentu, seperti saat kita sedih di timpa musibah pilihan tajuk tentang sabar dan syukur adalah sesuai kala itu. Kalau rezeki bertambah atau naik pangkat tentu pendedahan tentang alam akhirat mesti lebih difokuskan supaya diri tidak tenggelam dalam nikmat dan tipu daya dunia. Apabila kurang nikmat ibadah, tidak khusyuk dan rasa keras hati eloklah kita ingat tentang ilmu zuhud dan mengingati mati. Namun demikian segala ilmu berpusat pada induknya iaitu Al-Quran dan Hadis, barangsiapa yang menginginkan kesempurnaan ilmu mestilah mendekatkan diri kepada keduanya. 

Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud: “Wahai ahli kitab, Sesungguhnya Telah datang kepadamu Rasul kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya Telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab Itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.” (Surah al-Maidah ayat: 15-16)
Bagaimana pula halnya dengan orang-orang yang telah mencapai darjat alim yang tinggi? Adakah perlu baginya membaca dan menuntut ilmu lagi selepas kedudukannya? Alangkah baiknya jawapan al-Imam Sufyan Ibn Aiyinah apabila ditanya hal ini: “Siapakah manusia yang paling berhajat dengan ilmu? Beliau berkata: Orang yang paling alim di kalangan mereka. Beliau ditanya lagi: Mengapa begitu? Dijawabnya: Kerana kesalahan orang yang alim itu lebih jahat.”

Orang yang pandai membeza antara yang haq dan batil tetapi dia memilih yang batil kerana hawa nafsunya tentu amat besarlah dosa yang diperolehinya kerana dia telah melanggar larangan Allah bukan kerana jahil tetapi terlalu cerdik sehinggakan akalnya berdolak-dalih untuk menghalalkan apa yang nyata haram di sisi agama. Bukan setakat itu saja dia pula mengajak orang lain melakukan yang sama atas nama kecerdikan dan kewaraan palsu, jelas betapa merbahayanya orang alim yang boleh melakukan kejahatan dengan ilmunya. 

Sungguh pelik, orang yang telah jauh dan dalam ilmunya tentang Allah SWT tetapi sekelip mata boleh berpaling daripada-Nya, orang yang mengenal kejahatan syaitan malah menjadi pengikutnya dan orang yang mengenal tipu daya dunia tetapi rela menjadi hambanya. Disitulah letaknya kelemahan manusia, setinggi mana ilmu didapat namun jika hidayah Allah tidak bersamanya segala kefahaman dan penghayatan itu sia-sia. Di dalam kegairahan menuntut ilmu janganlah dilupa memohon petunjuk dan hidayah Allah Taala semoga ilmu yang didapat bermanfaat untuk agama kita, dunia dan akhirat.

Kerana ilmu yang telah terpahat dalam ingatan dan hati sanubari kita tidak dijamin dapat kekal selamanya melainkan atas kuasa Allah Taala yang maha memberi petunjuk. Dan adakalanya seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada ilmu yang dituntutnya, belajar mengaji bertahun-tahun tetapi perangai tak berubah-ubah lagi, akhlak dan ibadatnya masih seperti ketika dia tidak berilmu. Jadi untuk apa letih-letih mencari ilmu jika tiada penghayatan? Ada pula orang yang belajar hanya setakat ilmu taharah saja selama bertahun-tahun diulang-ulang lagi tanpa ada peningkatan. Tak kan nak main air saja, bila lagi masa untuk belajar sembahyang yang khusyuk, memahami doa yang dibaca, belajar tafsir Al-Quran dan hadis? Akhirnya orang ini tak sampai-sampai pada tujuan yang sebenar, hampir tiada peningkatan iman yang ketara. 

Pelbagai kaedah dan cara manusia menuntut ilmu, pada hakikatnya yang terpenting ialah wajib mengikut cara dan kaedah yang dicontohi oleh baginda SAW. Pendedahan tentang dalil-dalil yang kuat hanya bersandar dari Al-Quran dan hadis serta ijma dan qiyas yang disepakati menjadi syarat kebenaran sesuatu ilmu. Adakah jalan yang lebih baik daripada jalan yang pernah Rasulullah SAW tempuhi? Ilmu tanpa dalil yang sahih dan hanya menyandarkan kepada sangkaan-sangkaan dan pendapat yang bertentangan dengannya dianggap sebagai ilmu tertolak. 

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan kami yang bukan daripadanya maka ia tertolak.” (Hadis riwayat imam Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Terlepas daripada kontradiksi atas setiap isu yang diketengahkan di medan ilmu dan ulama, selayaknya setiap penuntut ilmu memiliki budi pekerti umpama serumpun padi yang makin berisi makin tunduk ke bumi. Ilmu yang benar pasti melahirkan jiwa hamba. Tiada kata tamat dalam proses mencari ilmu. Al-Imam Ibn Abdul Barri daripada Abu Ghassan, katanya: “Kamu sentiasa menjadi alim selagimana kamu tetap menuntut ilmu apabila kamu merasa cukup maka sesungguhnya kamu telah jahil.” 

Kerana perjalanan mencapai makrifat tentang Allah Taala tiada penghujungnya, jalan ke sana amatlah jauh. Bagaimana mungkin seseorang boleh berkata: “Telah cukup ilmuku dan baik amalanku.” Padahal perkataan itu umpama rantai yang mengikat kakinya ke bumi sehingga dia tidak akan sampai ke destinasi yang dijanjikan Tuhannya.

Sumber :- Drjuanda.com
Unknown info Islam

Sesungguhnya Allah Itu Sangat Dekat

Sesiapa yang hendak meminta, mengharap, bertaubat dan sebagainya. Mintalah pada Allah tanpa perlu ada perantaraan. Agama kita bukanlah seperti agama-agama lain yang mana ingin bertaubat dan meminta perlu melalui orang tengah sama ada paderi, wali mahupun orang alim, seperti ada kekurangan pula kepada Allah SWT kerana memerlukan orang tengah ketika berhajat, sedangkan Allah itu sangat dekat kepada hambanya walau di mana dia, walau siapa pun dia. Justeru, mintalah terus pada Allah pada setiap waktu dan ketika.

Firman Allah SWT: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” (al-A’rof ayat 180)

Firman Allah SWT: Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. (al-baqaroh ayat 186)

Firman Allah lagi: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (az-zumar ayat 53)

Walaupun siapa pun dia, Allah tetap memperkenankan permintaan hambanya. Allah tidak menyebut khusus pada orang Mukmin (yang mungkin tidak banyak melakukan dosa) tetapi Allah menyebut dengan lafaz ‘HAMBA’, yang mana tidak tahu tahap dosanya banyak mana, jika dia minta pada Allah, maka Allah perkenankan..

Demikian juga Allah menyebut di dalam hadis Qudsi, walaupun seseorang hamba itu melakukan dosa setinggi langit, maka aku tetap ampunkannya, aku tidak peduli. Kita tidak tahu langit itu luas dan tinggi mana, kerana ia sentiasa membesar dan terus membesar. Lihat pada rahmat Allah, janganlah kita melakukan syirik sama ada dengan sedar atau pun tidak.

Syaratnya
Syarat penerimaan doa mestilah disisipkan dengan khusyu’, faham dan ikhlas, jika kita mencari waktu dan tempat yang mustajab doa sekalipun, tetapi hati kita masih lagi lalai, ia sangat sukar juga untuk mustajabnya sebuah doa.
Unknown info Islam

cara dan doa Rasulullah untuk berlindung daripada syaitan


Ada cara dan doa Rasulullah untuk berlindung daripada syaitan

DALAM Quran, jelas sekali Allah swt mendedahkan bahawa musuh manusia bukanlah manusia tetapi Iblis yang ingkar akan perintah-Nya untuk sujud kepada Adam.

Oleh kerana disingkirkan dari syurga, Iblis berjanji untuk membinasakan Adam dan anak cucunya hingga ke hari akhirat. Allah swt telah mengizinkannya.

Allah mengingatkan agar kita sentiasa berwaspada daripada pengaruh syaitan. Ia melihat dan hidup bersama kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Dia selalu mengacau sekalipun dalam solat. Ia menghiaskan kita dengan pelbagai maksiat.

Bagaimana kita dapat mengatasi, menolak segala rupa ancaman serta bisikannya yang mendorong kepada kesesatan?

Pertama, hendaklah kita menganggapnya sebagai musuh utama di dunia ini. Bahaya syaitan yang paling kita khuatiri ialah bahawa ia mengetahui kelemahan jiwa manusia.

Ulama telah memberikan pandangannya tentang dunia syaitan. Syaitan mempunyai zuriat sama seperti manusia sebagaimana yang difirmankan Allah yang bermaksud:

"Patutkah kamu mengambil ia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu?" -- Al-Kahf: 50.

Jika syaitan itu bukan daripada unsur malaikat tetapi serba sedikit ada menyerupainya. Tatkala Allah swt memerintah malaikat sujud kepada Nabi Adam
as, iblis terus menyampuk sambil berkata: "Patutkah aku tunduk dan sujud kepada makhluk yang dijadikan daripada tanah?'' Apabila iblis enggan melaksanakan
perintah Allah swt, maka ia terus disingkir daripada rahmat-Nya. Allah berfirman:

"Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya." -- Al-Kahf: 50

Iblis bukan sahaja menderhakai Allah swt malah bersumpah dengan kekuasaan Allah bahawa ia akan tetap menggoda segala makhluk Allah melainkan hamba-Nya yang ikhlas dan taat. Al-Quran menyebut:

"Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka (orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah)." -- Shaad: 82,83.

Justeru itu, Allah swt selalu mengingatkan kita akan godaan syaitan. Setiap insan ada syaitannya yang sering menggoda, menyesat dan menghiaskan baginya pelbagai maksiat.

Dalam hal ini, para ulama telah mengemukakan beberapa dalil. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, yang berkata:

"Rasulullah saw telah keluar pada satu malam dari kamarku. Secara sepontan, aku berasa cemburu padanya. Apabila Rasulullah saw datang melihat keadaanku, maka Baginda pun bertanya: Apa yang telah terjadi padamu ya Aisyah? Adakah kamu cemburu padaku? Aku menjawab: Adakah aku pernah cemburu seperti yang aku hadapi sekarang? Rasulullah saw berkata: Adakah syaitanmu telah menguasaimu? Aku menjawab: Wahai
Rasulullah! Adakah syaitan bersamaku juga? Jawab Rasulullah: Ya.

"Aku teruskan pertanyaanku. Adakah syaitan juga bersamamu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, Tetapi Tuhanku telah melindungiku hinggalah aku terselamat daripadanya."

Ada juga sepotong hadis yang maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu masuk lari ke dalam tubuh anak Adam melalui saluran darahnya."

Syaitan mempunyai pelbagai cara perangkap dan komplot. Syaitan sangat suka menyesatkan orang-orang yang jahil atau kurang ilmu.

Ia menghiaskan mereka dengan amalan telek-menelek dan kepercayaan karut sehingga dapat menyakinkan manusia dengan ilmu ghaib.

Ia juga memperdaya orang-orang jahil supaya memberi fatwa tanpa pegangan ilmu yang sahih dan juga menyebarkan perkara bidaah serta memesongkan manusia dengan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam.

Kita dapat mempertahankan hasutan dan tipu-daya syaitan dengan memohon perlindungan daripada Allah. Allah swt menyifatkan orang-orang yang bertakwa sahajalah yang dapat menentang ancaman syaitan daripada menembusi hatinya seperti firman-Nya:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa wasangka daripada syaitan mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." -- Al-A'raaf: 201.

Tipu-daya syaitan itu lemah jika dinisbahkan dengan seorang Mukmin yang teguh imannya.

Apabila syaitan mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, dirinya menjadi kecil seperti ukuran lalat dan apabila mendengar seruan azan pula, ia lari lintang-pukang dek ketakutan. Allah swt telah mengajar kita bagaimana kita dapat menolak syaitan sehingga ia mengundurkan dirinya. Allah berfirman:

"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." --
Al-A'raaf: 200.

Rasulullah saw juga telah mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat al-Kursi sebelum tidur, seperti sabdanya yang bermaksud:

"Apabila salah seorang daripada kamu hendak tidur, maka bacalah ayat al-Kursi. Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan Allah dan syaitan tidak akan mengganggunya sehinggalah waktu fajar."

Terdapat juga doa-doa menentang godaan syaitan iaitu seperti doa Rasulullah yang berbunyi: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaanNya, kejahatan hamba-Nya dan juga daripada bisikan-bisikan syaitan."
Unknown info Islam

Hadis Nabi Tentang Kelebihan Hari Jumaat



Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
Unknown info Islam