KETIKA sahabat bersama Baginda SAW, ada bersama mereka seorang sahabat terkenal bernama Abu Musa Asa'ri. Lalu mereka bertanyakan kepada Baginda SAW siapakah orang mukmin yang paling berkualiti di sisi Allah SWT?
Maka Baginda SAW bersabda dalam keadaan bertentangan mata sambil tersenyum: “Mukmin yang berkualiti ialah mereka yang menjaga kesejahteraan orang Islam yang lain daripada kejahatan lidah dan tangannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Mereka yang mendengar ungkapan serta berita yang sampai kepadanya lalu mereka memilih yang terbaik mengikut hukum agama dan merekalah sebenarnya orang yang mendapat petunjuk dan akal sempurna lagi bijaksana. - Surah Az-Zumar, Ayat 18
Dunia maya tanpa sempadan hari ini telah memberi ruang yang luas untuk berbicara dan melebarkan pandangan, seterusnya berkongsi maklumat dalam pelbagai tujuan sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya iaitu menjatuhkan seseorang.
Oleh itu, kita melihat kemudahan ini sudah menjadi fitnah berlarutan jika tidak mengikut garis panduan Islam yang sentiasa menjaga hak kemanusiaan. Jika pesanan Baginda SAW tadi tidak diberi perhatian, apakah bisa kita meyakini akan mendapat syafaat Baginda di mahsyar kelak?
Fitnah akhir zaman amat bahaya dan boleh menyebabkan perpecahan kepada semua pihak. Bicara pada hari ini tidak hanya terbatas kepada mata pena semata-mata seperti dulu, tetapi merangkumi facebook, twitter dan blog. Maklumat tersebar ke seluruh dunia dalam masa singkat.
Demikianlah bahaya teknologi terkini terhadap masyarakat. Sabda Baginda SAW: “Akan berlaku fitnah suatu hari nanti di mana orang yang tidur lebih baik daripada orang yang berjaga, orang yang berjaga lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berlari. Jadi, sesiapa yang memperoleh tempat berlindung hendaklah segera ia berlindung.” (Hadis riwayat Muslim).
Menunjukkan kepada kita sesiapa yang dapat berlindung daripada fitnah akhir zaman, hendaklah berlindung daripadanya. Kita sudah melihat kesan di depan mata, pergolakan rumah tangga, keruntuhan akhlak muda-mudi, jiran tetangga bermasam muka, sahabat tidak bertegur sapa, keaiban terdedah serta pelbagai gejala masyarakat akibat fitnah siber ini.
Kesan yang lebih besar adalah mentaliti masyarakat akan diselubungi prasangka serta berkembangnya unsur negatif yang menjejaskan keharmonian kehidupan manusia.
Kita mesti mengetahui kenapa ia menjadi bala kepada umat kini kerana ada yang sanggup menzalimi saudaranya sendiri demi memenuhi kehendak peribadi masing-masing sehingga menjangkaui batas agama.
Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan takutlah kamu akan berlakunya dosa yang membawa bencana bukan saja kepada orang yang zalim secara khusus, tetapi akan menimpa kamu semua secara umum.” (Surah al-Anfal, ayat 5).
Ingatlah ketika hampirnya kiamat, akan muncul pelbagai fitnah merosakkan seluruh masyarakat. Apakah kita bersedia bertemu Allah SWT dalam keadaan kehidupan dipenuhi permusuhan sesama sendiri, memaparkan tohmahan tiada bukti dan sandaran kukuh serta membicarakan perkara mencabar hukum Allah SWT?
Sesungguhnya alam siber telah melenyapkan sifat malu seseorang menyebarkan segala bentuk fitnah kerana segala-galanya dilakukan dalam keadaan rahsia dan sendirian. Namun Allah SWT berfirman dengan maksud: “Katakanlah wahai Muhammad jika kamu sembunyikan di dalam dirimu atau zahirkan sesuatu di khalayak ramai, nescaya Allah maha mengetahui segala-galanya.” (Surah ali-Imran, ayat 29).
Kita hendaklah menginsafi serta bermuhasabah terhadap perbuatan yang telah dilakukan kerana terlalu banyak fitnah berlegar dalam kehidupan sama ada secara sedar ataupun tidak. Justeru, belum terlambat untuk membuat perubahan atau transformasi memperbaiki kesilapan lalu.
Setiap berita serta maklumat yang diterima mestilah dipastikan kesahihannya sebelum ia ditelan sebulat-bulatnya. Sensitiviti kaum, agama dan perasaan umum haruslah dipelihara serta menjaga kehormatan orang lain.
Pastikan ahli keluarga juga tidak terjebak dalam kancah ini dengan mendedahkan gambar peribadi yang tidak sesuai untuk tatapan umum. Marilah kita menjadi orang yang bijak dalam urusan ini.
Firman Allah SWT bermaksud: “Mereka yang mendengar ungkapan serta berita yang sampai kepadanya lalu mereka memilih yang terbaik mengikut hukum agama dan merekalah sebenarnya orang yang mendapat petunjuk dan akal sempurna lagi bijaksana.” (Surah Az-Zumar, ayat 18).
Marilah kita mencontohi sahabat kerana dalam usaha menjadi mukmin berkualiti dari aspek rohani, jasmani dan emosi, mereka masih bertanya cara menjadi mukmin terbaik walaupun mereka adalah orang terawal sekali menyahut seruan tauhid. Malah ada yang dijanjikan syurga Allah SWT. SUMBER

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info Informasi /
info Islam
dengan judul Fitnah : punca Segala perpecahan umat Islam... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://islam4online.blogspot.com/2012/06/fitnah-punca-segala-perpecahan-umat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Fitnah : punca Segala perpecahan umat Islam.."
Post a Comment